Thursday, March 10, 2011

Angau Kerabu

Akhir-akhir ni suka benar makan nasik kerabu..
pagi nasik kerabu, petang nasik kerabu, malam nasik kerabu
yang paling dahsyat tu leh aku beli 2 bungkus, makan terus... hahahaha

sebelum ni mampos aku tak hingin nasik Biru ni..
entah apsal, hari tu encik,somi ajak g Kg.Baru makan nasik kerabu..terus aku addicted.. cheh
hari ni aku dh start teringin lagi, padahal semalam baru jek aku makan tak hinggat sampai licin
kalaulah pandai masak nasik kerabu, x yahlah pening pusing2 seremban carik nasik kerabu. en.somi pun dah bosan carikan.. hahaahaha

cari punya carik, akhirnya aku jumpa resipi Nasik Kerabu kat Internet. meh lah kite tgk sesama kot2 terbuka hati nak masak plak.... he2

NASI KERABU ISTIMEWA


Bahan dan Penyediaan NASI
4 pot beras
4 pot air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

Cara Memasak Nasi
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.

Cara Menghidang
1) Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.
2) Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL KELAPA
½ biji kelapa parut
1 camca the garam
2 camca besar gula
sedikit gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara Menyediakannya
1) Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.
2) Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL IKAN
5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji bawang merah
sehiris halia

1) Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.
2) Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.

Bahan dan Penyediaan CILI PADI JERUK
1) Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
2) Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
3) Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Bahan dan Penyediaan TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)
1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering
5 biji bawang merah ditumbuk l
2 biji bawang putih
sehiris halia
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
½ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara Menyediakannya
1) Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
2) Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
3) Sesuaikan rasa dan angkat.

ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.
2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
2 batang kangkung
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
½ biji timun
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Bahan dan Penyediaan SOLOK LADA
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
½ biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
¼ cawan santan pekat

Cara Menyediakannya
1) Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.
2) Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
3) Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
4) Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.

Bahan dan Penyediaan IKAN GORENG CELUP TEPUNG
5 ekor ikan, dibersihkan dan tos
½ cawan tpung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya
1) Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
2) Panaskan minyak.
3) Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

OPTION
PS : Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu tersebut dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan. Jika suka menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah.

NASI KERABU - TIPS

Untuk pengetahuan, nasi kerabu ada bermacam-macam warna. Nasi putih biasapun boleh digunakan. Paling popular yang warna biru. Kalau kat Kelantan dipanggil nasi kerabu hitam dan yang berwarna kuning dipanggil nasi kerabu tumis. Kalau yang warna biru tu biasanya menggunakan sejenis bunga. Orang disini sebut bunga nasi kerabu... memang khas untuk memasak nasi kerabulah. Rupanya seakan-akan bunga seri pagi yang warna biru tu dan buahnya seperti kacang sepat. Bila dimasukkan ketika nasi mendidih, bunga tersebut akan terus mencair dan menghasilkan nasi berwarna biru. Tapi nasi kerabunya tetap dipanggil NASI KERABU HITAM.

TETAPI, kebanyakan kat bandar-bandar sekarang, mereka menggunakan pewarna biru dan pewarna tu dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama beras dan air mengikut sukatan dan tanaklah seperti biasa. Banyak atau sikit tu terpulanglah. kalau suka gelap, letak banyak lah..

SEBENARNYA penggunaan warna tu adalah lebih menyenangkan dan tak payah bersusah payah untuk menumbuk itu ini nak dapatkan warna. Kalau ikut cara orang tua-tua dulu, selain menggunakan bunga nasi kerabu, mereka menggunakan air perahan daun mengkudu atau kunyit & cekur untuk menanak nasi kerana aromanya lebih wangi dan rasanya lebih umphhh. Sebab dulu takde pewarna.

UNTUK MAKLUMAN korang jugak, menanak nasi menggunakan air perahan daun mengkudu menghasilkan nasi berwarna kelabu dan aromanya juga berlainan dan taklah pahit walaupun daun mengkudu tu pahit.

WALAUBAGAIMANAPUN, korang
bolehlah mencuba mana-mana cara, dan penilaiannya nanti korang sendiri akan tahu mana yang lebih sedap.


♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..