Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Amalan-amalan ketika mengandung


  1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
  2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
  3. Membaca ayat-ayat Al-Quran
Surah-surah amalan ketika mengandung
    • Al-Fatihah dan ayat Kursi
    • Seluruh surah Yassin
    • Seluruh surah At-Taubah
    • Seluruh surah Yusuf
    • Seluruh surah Luqman
    • Seluruh surah Maryam
    • Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
    • Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur
  1. Membaca doa
    • Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُرَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ  
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
    • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
    • Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
    • Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan
  1. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri
  • Adab isteri terhadap suami ketika mengandung 
      1. Mengasihi dan menyayangi suami
      2. Menjaga perkataan terhadap suami
      3. Tidak terlalu cerewet
      4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
      5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
      6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
      7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
  • Adab suami terhadap isteri
  1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
  2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar 
  3. Selesaikan selisih faham
  4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Wednesday, April 13, 2011

LEBIH PINTAR dengan berjalan kaki....


Kajian Universiti du Quebec a Tros-Rivieres, Sepanyol~ anak perempuan yang berjalan kaki ke sekolah cenderung untuk memperolehi markah yang tinggi dalam ujian lisan dan peperiksaan matematik
ketua penyelidik, Dr.Francois Trudeau, menjelaskan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki dan berbasikal memberi efek positif dengan meningkatkan peredaran darah ke otak. efek positive ini merangsang fungsi otak untuk berfikir, meningkatkan daya konsentrasi dan daya ingatan dengan lebih baik
pengajian serupa turut dilakukan di National Research Council di Madrid, Sepanyol bagi mengenal pasti kebaikan aktiviti fizikal kepada anak,  menggunakan 1,700 remaja yang menggunakan pelbagai kaedah ke sekolah, kajian mendapati remaja berbasikal atau berjalan kaki ke sekolah secara rutin mendapat keputusan yang lebih baik berbanding remaja lain.
Bagaimanapun, efek positif itu hanya diperolehi oleh remaja perempuan dan tidak berkesan ke atas anak lelaki.

p/s: lelaki ni kalau dh malas belajar bagi lah naik apa pun , jalan kaki jauh mana pun tak de maknenye nak jadi bijak sangat... hahahahahahaha ♥♥♥

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Friday, March 18, 2011

Elakkan Semua ini Ketika Hamil (part 2)


ok harini cikput nak sambung pantang larang yang cikput dah post haritu...jom kita share apa yang harus anda hindari  :
• Makanan mentah atau setengah masak.
Makanan ini besar kemungkinan terdapat bakteri atau kuman penyakit. Adapun bakteri tersebut iaitu bakteri Listeria (mengakibatkan keguguran atau janin meninggal dalam kandungan), bakteri Salmonella (menyebabkan  keguguran), parasit Toksoplasma (janin abnormal), serta bakteri E. coli (merosak usus dan ginjal).
• Seafood
Bukan bererti ibu hamil tidak boleh mengambil makanan dari laut. boleh...kerana makanan dari laut banyak mengandungi omega 3 yang sangat membantu bagi kecerdasan anak. Seafood disini merupakan seafood yang mengandung merkuri
• Kafein dan teh hijau
Kafein bisa ’menembusi’ plasenta, sehingga akan memengaruhi degup jantung serta sistem pernafasan janin. Bahkan, beberapa kajian mendapati, minum kopi secara berlebihan mengakibatkan berat badan bayi menjadi rendah dan meningkatkan risiko mengalami keguguran dan janin meninggal ketika lahir.
Teh hijau baik untuk tubuh badan, namun bagi ibu mengandung, pengambilan teh hijau perlu dikurangkan kerana  terkandung kafien yang tinggi.
• Keju dan susu mentah
keju seperti keju Brie, Camembert, Feta, Blue Cheese, dan Roquefort (kecuali pada label tertera dibuat dari susu yang telah dipasteurisasi). Dipasteurisasi bermaksud dipanaskan sampai suhu 60°C selama 30 menit untuk membunuh bakteri dengan kadar tinggi.


apa-apa pun sila dapatkan nasihat doktor untuk keterangan yang lebih lanjut..... =)
MENGAPA TAK BOLEH MINUM AIR KACANG SOYA?


Terdapat kajian di Britain, mendapati, sekiranya wanita ingin mengandung, elakkan pengambilan soya sewaktu hari-hari ingin bersama. Terdapat bahan dalam soya (genistein) mengganggu sperma daripada berenang menuju ke telur wanita.

cukup setakat ni.. nanti cikput sambung lagi...take care ek....byeee ~~~~



♥CikPuteh@ReenDiane♥

Wednesday, March 16, 2011

Elakkan Semua ini Ketika Hamil

Semalam ada sorang bakal suami tanya apa yang boleh & tak boleh dimakan time pregnant. maklumlah 1st time nak dapat baby mestilah excited, mestilah nak yang terbaik untuk baby & mama baby kan?kan?? ..so walaupun CikPut berstatus senarai menunggu dalam menjadi Ibu ni tapi CikPut nak share tips yang CikPut dapat dari pembacaan CikPut.. he3~~~~Jom terjah bersama – sama yer.

Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi. Jangan cuba mendekati yer. No!!No!Say No!ahaha.

Alkohol – meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

Vitamin A – Sekiranya pengambilan yang diambil melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

Ubat penahan sakit – boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

Rokok – Menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan. Para bapa, jangan lupa berpuasa yer. heh!

Hentikan kegiatan lasak – seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

Minuman tertentu - Kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan

Makanan – makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan. Anda bijak? Anda tahu apa yang terbaik ..


♥CikPuteh@ReenDiane♥

Monday, March 14, 2011

Rahasia Tanda Di Bawah Botol Plastik




Tanda di bawah botol itu merupakan code yg dikeluarkan The Society of Plastic Industry pada tahun 1998 di Amerika Serikat dan diikuti oleh lembaga-lembaga pengembangan sistem kode, seperti ISO (International Organization for Standardization).
Secara umum tanda pengenal plastik tersebut berciri-ciri : 

1. Berada atau terletak di bagian bawah,
2. Berbentuk segitiga,
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat angka,
4. Serta nama jenis plastik di bawah segitiga.
Berikut arti dari istilah-istilah tersebut :

1. PETE/PET
PETE/PET

Tanda ini biasanya tertera logo recycle dengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (polyethylene terephthalate) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol plastik, berwarna jernih/transparan/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya.
Botol jenis PETE/PET ini disarankan hanya untuk sekali pakai. Bila terlalu sering dipakai, apalagi digunakan untuk menyimpan air hangat apalagi panas, akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut akan meleleh dan mengeluarkan zat karsinogenik yang dapat menyebabkan kanser dalam jangka panjang.
Bahan PETE ini pun berbahaya bagi pekerja yang berhubungan dengan pengolahan maupun botol recycle botol PETE. Pembuatan PETE menggunakan sebatian antimoni trioksida. Sebatian ini dapat masuk ke dalam tubuh melalui sistem pernafasan dengan menghirup udara yang mengandung sebatian tersebut.
Seringnya menghirup sebatian ini dapat mengakibatkan iritasi kulit dan saluran pernapasan. Bagi wanita, sebatian ini meningkatkan masalah menstruasi dan keguguran. Bila melahirkan pun, anak mereka kemungkinan besar akan mengalami pertumbuhan yang lambat hingga usia 12 bulan.
Majoriti bahan PETE di dunia digunakan untuk serat sintesis dan bahan dasar botol kemasan. Di dalam pertekstilan, PETE biasa disebut dengan polyester.


2. HDPE
HDPE

Pada bagian bawah kemasan botol plastik, tertera logo recycle dengan angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, Tupperware, galon air minum, kursi lipat dan lain-lain.
Botol plastik jenis HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras, buram dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah tindakbalas kimia antara bekas plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang dikemaskan.
Sama seperti PETE, HDPE juga disarankan hanya untuk sekali penggunaan kerana pelepasan sebatian antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.

3. V/PVC
V/PVC

Tertulis (terkadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V.
V itu berarti PVC (polyvinyl chloride), iaitu jenis plastik yang paling susah dikitar semula . Ini boleh ditemukan pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol.
Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dikemas dengan plastik ini berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. PVC mengandung DEHA (diethylhydroxylamine) yang dapat bereaksi dengan makanan yang dikemas dengan plastik berbahan PVC ini saat bersentuhan langsung dengan makanan tersebut karena DEHA ini lumer pada suhu -15°C.

4. LDPE
LDPE

Logo kitar semula dengan angka 4 di tengahnya, serta tulisan LDPE. LDPE (low density polyethylene) iaitu plastik berwarna cokelat (thermoplastic, dibuat dari minyak bumi), biasa dipakai untuk bekas makanan, plastik pembungkus, dan botol-botol yang lembik.
Sifat mekanis jenis LDPE ini adalah kuat, transparent, fleksibel dan permukaan agak berlemak, pada suhu 60 derajat sangat resisten terhadap reaksi kimia, daya protection terhadap wap air adalah baik, dapat dikitar semula serta baik untuk barang-barang yang memerlukan fleksibiliti tapi kuat.
Barang berbahan LDPE ini susah dihancurkan, tetapi tetap baik untuk bekas makanan kerna susah bertindakbalas secara kimia dengan makanan yang menggunakan bahan ini.

5. PP

PP

Tertera logo kitarsemula dengan angka 5 di tengahnya, serta tulisan PP. Sifatnya adalah biasa botol transparent yang tidak jernih atau berawan. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya ketelusan (transparensi) yang rendah, ketahanan yang baik terhadap minyak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilat.
Jenis PP (polypropylene) ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk bekas makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan paling penting botol minum untuk bayi.
Carilah dengan code angka 5 bila membeli barang berbahan plastik untuk menyimpan kemasan berbagai makanan dan minuman.

6. PS

PS

Tertera logo kitarsemula dengan angka 6 di tengahnya, serta tulisan PS. Biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dan lain-lain. Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan.
Selain tempat makanan, styrene juga boleh didapatkan dari asap rokok, asap kendaraan dan bahan binaan. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan pada masalah kesuburan, dan pertumbuhan dan sistem saraf, juga kerana bahan ini susah di kitar semula. Bila kitarsemula, bahan ini memerlukan proses yang sangat panjang dan lama.
Bahan ini dapat dikenali dengan kode angka 6. Namun, bila tidak tertera code angka tersebut pada kemasan plastik, bahan ini dapat dikenali dengan cara dibakar (cara terakhir dan sebaiknya dihindari). Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning-jingga dan meninggalkan jelaga.

7. OTHER

OTHER

Tertera logo kitarsemula dengan angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 macam, yaitu:

1. SAN – styrene acrylonitrile,
2. ABS – acrylonitrile butadiene styrene,
3. PC – polycarbonate,
4. Nylon.

Dapat dtemukan pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum sukan, perkakasan rumah, komputer, alat elektronik dan plastik pembungkus.
SAN n ABS memiliki daya tahan yang tinggi terhadap reaksi kimia & suhu, kekuatan, kekakuan dan tingkat kekerasan yg telah ditingkatkan.

Biasanya SAN  terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi.
Sedangkan ABS  biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego. Bahan-bahan ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam bekas makanan ataupun minuman.

PC (polycarbonate) dpt ditemukan pada botol susu bayi, gelas kanak-kanak (sippy cup), botol minum polikarbonat dan tin makanan serta minuman, termasuk tin susu formula.

Bahan ini dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan & minuman yang berpotensi mengganggu sistem hormon, kromosom pada ovarium, penurunan penghasilan sperma, dan mengubah fungsi imunitas.
Elakkan dari digunakan untuk tempat makanan ataupun minuman. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan.Selain untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave atau dituangkan dengan air panas.

Kesimpulan yang didapat dari tanda klasifikasi plastik tersebut:
  • Hati-hati dalam menggunakan plastik, khususnya kode 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai!
  • Cukup selamat bila menggunakan plastik dengan kode 2, 4, 5 dan 7 (SAN atau ABS)
Bagi ibubapa yang menggunakan botol susu untuk anak-anak:
  • Pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, atau plastik jenis 4 atau 5.
  • Gunakanlah cawan bayi berbahan stainless steel, atau plastik jenis 4 atau 5.
  • Cegah penggunaan botol susu bayi dan cawan bayi (dengan lubang penghisapnya) berbahan jenis 7 PC (polycarbonate),
  • Jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate(jika tidak dapat dielakkan penggunaan), janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas. 
sapa tak kenal sippy cup.. nilah rupe sippy cup tuh..he3


      Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minum. Biasanya digunakan untuk tempat air putih di dalam petisejuk.
      Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kode 1) dan HDPE (kode 2) tidak dapat dielakkan, gunakan hanya sekali pakai dan segera dihabiskan. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

      pilih lah yang terbaik.....jadi pengguna yang bijak.. '^peace^'



      ♥CikPuteh@ReenDiane♥

      Doa Sebelum Tidur dan Doa Sesudah Bangun Tidur



      • Sebelum Tidur Membaca Doa :

      بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

      bismikallahumma ahya wa amutu

      Artinya :
      Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

      • Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :

      اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

      alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

      Artinya :
      Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

      Keterangan :

      Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :

      عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

      Artinya :
      Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

      ♥CikPuteh@ReenDiane♥

      Botol Susu PolyCarbonate..



      Aisehh... banyak sangat barang tercemar skang ni.
      ngeri plak.
      tadi kat Buletin Utama ada isu pasal botol susu polycarbonate yang dilaporkan merbahaya untuk digunakan
      belilah botol yang selamat digunakan walaupun mahal sedikit. Utamakan keselamatan dan kesihatan anak anda.
      meh kita share petikan berita dari hMETRO kepada yang tak sempat nak baca surat kabar harini.





      PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ''Bisphenol A'' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

      Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.


      "Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

      Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.


      Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. - Bernama



      Soalan CikPut: Kalau dah sah2 benda tu merbahaya kenapa nak tunggu 2012 baru nak haramkan??? 
      '^peace^'

      ♥CikPuteh@ReenDiane♥

      Friday, March 11, 2011

      15 tanda-tanda kehamilan


      BANYAK perempuan yang merasa bingung apakah dirinya sudah hamil atau belum, terutama yag masih menanti & termasuk dalam senarai menunggu macam aku.. hehe. So Jom Check kot2 korang termasuk di antaranya...

      Berikut 15 sign untuk korang siap siaga prepare apa yg patut untuk celebrate kedatangan org baru ...*excited*: 

      1. Payudara terasa sakit atau nyeri 
      Menggunakan bra setelah bangun pagi akan menjadikan derita tersendiri. Payudara juga akan terasa sakit dan nyeri saat dipegang. Payudara akan membesar, hal ini disebabkan oleh meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron. Dalam hal ini, disarankan wanita hamil menggunakan bra yang nyaman atau berukuran lebih besar pada saat tidur yang dimaksudkan untuk memberi kenyamanan bergerak. 



      2. Rasa lelah yang berlebih 
      Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua. 





      3. Mual 
      Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.



      4. Sering buang air kecil
      Jika Anda tidak bisa tidur akibat seringnya bolak balik ke kamar mandi untuk buang air kecil, mungkin ini adalah tanda anda sudah hamil. Selama kehamilan, tubuh Anda memproduksi cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun buang air kecil ini sering, jangan sampai membatasinya atau menahannya. Selain itu hindarkan dehidrasi dengan lebih meningkatkan asupan cairan ke dalam tubuh.





      5. Sakit kepala 
      Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen.





      6. Sakit punggung
      Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.



      7. Kram
      Apakah ini PMS atau hamil. Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karena rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda.



      8. Ngidam
      Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 



      9. Sembelit 
      Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun keuntungan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.



      10. Moody 
      Sering marah-marah pada suami, cepat mengalami perubahan pada tingkah laku. Hal ini disebabkan dari banyak munculnya hormon-hormon baru di tubuh Anda. Yakinkan pada suami Anda bahwa ini hanya terjadi selama masa kehamilan.



      11. Peningkatan temperatur tubuh 
      Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Keadaan ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. keadaan ini tidak akan turun ke keadaan sebelum terjadinya ovulasi.



      12. Bau Badan
      Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.



      13. Pening atau pengsan 
      Mungkin korang pernah nampak perempuan mengandung yg pengsan. hal ini dapat terjadi krn kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. So, pastikan korang cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh.



      14. Munculnya bercak darah 
      Bercak darah ini muncul sebelum PERIOD yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Bercak darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.



      15. Hasil positif pada tes kehamilan
      Anda tidak akan tahu pasti apakah anda menjadi seorang ibu sampai anda melakukan tes kehamilan. Jika Anda mendapatkan hasil negatif dan masih belum mendapatkan haid, mungkin itu hanya saja anda terlalu dini untuk melakukan tes kehamilan. Tunggu beberapa hari dan coba lagi Dan jika itu positif >> TAHNIAH korang akan menjadi seorang ibu! 

      ♥CikPuteh@ReenDiane♥

      Mitos-mitos time Hamil...




      Garam menyebabkan kaki bengkak

      ia sebenarnya tidak benar...
      pada kehamilan biasa ianya tiada kaitan dengan pengambilan garam...
      kenyataannya kaki yang bengkak adalah disebabkan oleh aliran darah tidak lancar...
      tetapi jika anda adalah ibu mengandung yang menghidap penyakit darah tinggi,
      pengambilan garam haruslah dikurangkan kerana ia akan menambahkan tekanan darah...




      Banyak minum ais membuatkan bayi jadi besar dan sukar untuk melahirkan...

      ia sebenarnya tidak mempunyai kaitan langsung...
      kerana bayi yang besar selalunya berlaku kepada ibu yang menghidap kencing manis(diabetis)
      ketika hamil...
      kerana itulah semasa pregnant kita akan disarankan supaya tidak mengambil gula yang berlebihan...





      Susu Soya membuat kulit bayi jadi putih

      ini memang tiada kaitan langsung...
      warna kulit ditentukan melalui pigmen yang membentuk kulit dan ianya berkait rapat dengan faktor genetik si ibu dan bapa...
      susu soya tidak menjadikan kulit bayi putih...
      namun ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk perkembangan bayi...

      yang ni memang saya tak percaya pun...
      misal contoh : takkan kalau kahwin dengan negro nak anak anak putih melepak macam mat saleh kan? hehe
      seorang kawan ( berbangsa cina) saya pernah cerita pengalaman dia masa pregnant...
      semasa mengandungkan anak perempuan, dia banyak minum air soya...
      tapi anak perempuan dia yang lahir berkulit gelap...
      berbalik pula pada anak lelaki...
      hari2 dia memang suka minum kopi, makan nasi lemak, makan mi kari...
      tapi anak lelaki dia yang keluar memang putih melepak...
      suami dia berkulit gelap dan dia berkulit cerah...
      ini membuktikan yang faktor genetik yang memainkan peranan penting...

      lagi satu saya pernah dengar yang minum air soya pada awal2 peringkat pregnant boleh menyebabkan keguguran...ini pun tak tahu kesahihannya...

      & ada teman bagitau minum minuman yogurt dan makan yogurt akan membuatkan kulit anak jadi putih...
      betul ke?

      *** tips dari seorang misi : lepas makan nasi jangan ambil sebarang biskut yang mempunyai serat, minum susu atau air soya kerana akan membantutkan penyerapan makanan ke dalam tubuh...
      nanti baby tidak akan mendapat nutrien yang cukup...
      cara yang terbaik adalah minum atau makan semua benda tu 2 jam selepas makan.



      Hubungan intim semasa hamil memudahkan untuk bersalin...

      ada benarnya kerana sperma membantu kontraksi semasa bersalin...
      tetapi perlu dipastikan kehamilan tidak mempunyai masalah
      contohnya jika menghadapi masalah uri dibawah atau penyakit lain...
      anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor...
      apa yang penting! (bukan kerjasama ya!) untuk mudah bersalin adalah bermaaf-maafan terutama dengan suami dan ibu...
      bagi saya la...
      (nak hurai yang ni kena masuk bab agama pulak...)

      nak share lebih2 pun tuan punye blog masih berdua dengan En.Suami jek.. masih lom ada 'askar'
      nanti orang cakap CikPuteh ni temberang jek lebih
      Tapi tak salah share kan?? kan??
      kalau ada yang silap tolong betulkan lah ek...
      '^peace^'

      ♥CikPuteh@ReenDiane♥

      PROSES KELAHIRAN (3D)

      hYE..
      Post kali ni agak unik.
      Jom kite selami satu perjalanan unik, maybe ni cuma gambaran
      tapi bagi mereka yang benar2 'menanti' macam aku, 
      video ni cukup excited untuk ditonton
      yang pasti ia sangat menyentuh hati wanitaku
      suatu proses kejadian yang menjadi RAHSIA pencipta kita.
      Satu Kurnia yang hanya Wanita mampu alami
      Satu Nikmat yang semua orang ingin merasai
      Satu Hadiah yang dinamakan Zuriat.. 


      kredit: Heiz Network


      ♥CikPuteh@ReenDiane♥