Monday, March 14, 2011

Botol Susu PolyCarbonate..



Aisehh... banyak sangat barang tercemar skang ni.
ngeri plak.
tadi kat Buletin Utama ada isu pasal botol susu polycarbonate yang dilaporkan merbahaya untuk digunakan
belilah botol yang selamat digunakan walaupun mahal sedikit. Utamakan keselamatan dan kesihatan anak anda.
meh kita share petikan berita dari hMETRO kepada yang tak sempat nak baca surat kabar harini.





PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ''Bisphenol A'' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.


"Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.


Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. - Bernama



Soalan CikPut: Kalau dah sah2 benda tu merbahaya kenapa nak tunggu 2012 baru nak haramkan??? 
'^peace^'

♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..