Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Amalan-amalan ketika mengandung


  1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
  2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
  3. Membaca ayat-ayat Al-Quran
Surah-surah amalan ketika mengandung
    • Al-Fatihah dan ayat Kursi
    • Seluruh surah Yassin
    • Seluruh surah At-Taubah
    • Seluruh surah Yusuf
    • Seluruh surah Luqman
    • Seluruh surah Maryam
    • Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
    • Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur
  1. Membaca doa
    • Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُرَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ  
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
    • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
    • Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
    • Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan
  1. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri
  • Adab isteri terhadap suami ketika mengandung 
      1. Mengasihi dan menyayangi suami
      2. Menjaga perkataan terhadap suami
      3. Tidak terlalu cerewet
      4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
      5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
      6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
      7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
  • Adab suami terhadap isteri
  1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
  2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar 
  3. Selesaikan selisih faham
  4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Tuesday, May 3, 2011

Epal & Diet


Memang tidak dinafikan epal merupakan antara contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi.
maka tidak hairan lah mengapa epal dijadikan sajian pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala
vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita.

antara khasiat yang terdapat dalam epal:-


1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat
melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah
drpd tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan
antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal
berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat
memberikan kita tenaga.

6) Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang
hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan 

♥♥jom diet~~~~~~~~

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Wednesday, April 13, 2011

DENGKUR bakar kalori............


Berdengkur ketika tidur mampu membakar kalori. itu hasil kajian yang diperolehi oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti of California, Amerika Syarikat.
Menggunakan 212 individu sebagai 'bahan kajian' mendapati indivisu yang berdengkur secara teratur & konsisten  mampu membakar sehingga 2,000 kalori sehari, sedangkan mereka yang berdengkur pada masa-masa tertentu berupaya membakar sehingga 1,626 kalori...
keupayaan ini dikenal pasti berpunca daripada peningkatan aktiviti sistem saraf. Namun begitu, ini bukan bererti semua yang berdengkur mempunyai tubuh langsing....

sooo jangan komplen bila suami anda berdengkur ..belajarlah untuk terima bunyi dengkuran itu secara positif... hehehehehe ♥♥

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Saturday, March 26, 2011

bau badan


Pernah tak berhadapan dengan orang yang 'keti' berbau maksud aku...bau hamis yang meloyakan..mesti ada kan? kadang2 tak sampai hati nak tegur, takut sentap, atau orang tu akan jauhkan diri sbb terasa.. sensitip beb soal bau badan nih... biasanya kita tak tau badan kita berbau, sampailah orang sekeliling menjadi juling sebab menahan nafas setiap kali kita melintas dibelakang mereka. apatah lagi kalau terpaksa dok dalam bilik yang sama, atau masuk dalam lif yang sama. muntah hijau lepas tu.. tapi org yang berbau ni biasanya relax je..dah immune...he3
Masalah bau badan berpunca daripada badan yang kurang bersih. Makanan akan menyumbang lagi keadaan ini. Mungkin ramai yang tidak dapat menerima pandangan ini, kerana masing-masing mengaku aku mandi tiap hari 2x, tak bersih ke? Ya, selepas mandi badan anda memang tidak berbau, tetapi setelah berpeluh aroma yang tidak menyenangkan ini mula menonjolkan diri...


Bila kita meningkat dewasa, kelenjar apoccrine mengeluarkan peluh yang mengandungi lemak berlebihan, punca bau badan.


antara petua/langkah menghilangkan bau hamis badan ialah:-
  • Minum rebusan daun sirih, satu gelas setiap hari/2 hari sekali
  • Makan daun kemangi minimal satu genggam per hari
  • Oleskan irisan mentimun setiap habis mandi di bagian ketiak dan bagian tubuh lain yang berbau
  • Tidak makan makanan berlemak, terutama daging
  • Mengurangi makanan pedas
  • Tidak minum kopi (yang mengandung kafein)
  • Memakai deodorant yang bentuknya spray(yang bentuknya padat maupun roll-on hanya membuat ketiak basah/basah ketek, meninggalkan bekas di baju pula)
***langkah berwara hijau adalah untuk membuat bau badan kita lebih harum, sedangkan lagkah berwarna kuning adalah usaha untuk mengurangi keringat(bagaimanapun bau badan timbul melalui keringat yang kita keluarkan). Dan langkah berwarna purple adalah cara biasa untuk menjaga bau ketiak tetap wangi.

empunya badan tu, kalau dah beberapa kali tgk org keliling buat muka purple bila kita dekat-dekat tu.. faham-faham lah sendiri.. cuma ada 2 kemungkinan sama da keti kita berbau (keti=armpit), atau mulut korang bau longkang.. hehehe. walaupun korang rasa badan tak berbau, tak salah kalau ambik tindakan awal, pakai lah deodoran bila nak kuar umah, lebih-lebih lagi kalau yang naik kenderaan awam atau bekerja di tengah panas (yang terperap dalam bilik ekon pun ada....haisshhhh) .takkan nak tunggu pokok bunga depan umah korang mati sebab sedut udara busuk baru nak bertindak.....

tapi....Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

tapi bau badan yang dimaksudka tu bau yang sedang-sedang tulah, bukan bau cam kap lam ya nga togak todi, ada selera ke kaum hawa nak hidu....uweeeekkk.... bak kata suami aku, Biar tak wangi jangan bau hapak...
psstt: dear, saya wangi kan??? ♥peace♥


♥CikPuteh@ReenDiane♥

Wednesday, March 23, 2011

Kemurungan


selalu kita dengar tentang kemurungan. ada yang mengkelaskan sebagi sakit mental kerana melibatkan emosi (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun dan tidajk menentu.biasanya mereka yang berada dalam situasi murung atau depressed secara tidak langsung menjejaskan kehidupan sehariannya termasuk perasaan, tingkahlaku dan pemikiran. Jika dibiarkan tanpa ditangani akan membawa  kecenderungan kepada tindakan luar kawalan seperti membunuh diri
faktor-faktor kemurungan:-
  • sejarah keluarga
  • trauma & tekanan masalah seperti kewangan, perpisahan, kematian dll
  • Bersikap pesimis (pandangan sentiasa negatif tentang diri sendiri, ia juga dikenali sebagai dysthymia)
  • penyakit kronik yang dihadapi
  • masalah psikologial

gejala -gejala emosi:-
  • rasa sedih, kosong dan tiada harapan
  • kehilangan minat dlm perkara yang sebelum ini digemari
  • kegelisahan & sukar menenangkan diri
  • kesukaran untuk membuat keputusan
  • rasa bersalah atau tidak berguna
  • berfikiran untuk menamatkan dengan membunuh diri dapat menyelesaikan masalah
gejala-gejala fizikal
  • sakit kepala
  • sakit belakang
  • sakit otot dan sendi
  • sakit dada
  • masalah penghadaman
  • rasa letih dan lesu
  • masalah sukar tidur
  • hilang selera makan
kita dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia. tentu kita tidak mahu kehilangan seseorang yang rapat dengan kita dalam keadaan yang menyedihkan. cuba berkongsi masalah jika ada teman-teman yang mengalami gejala-gejala seperti diatas. mungkin masih sempat diselamatkan...
♥CikPuteh@ReenDiane♥

Tuesday, March 22, 2011

Botak...Seksikah??



Benarkah Lelaki Botak Seksi?

Lelaki berambut panjang selalu dianggap memiliki sifat yang Romantis dan Jiwang.Tetapi bagaimana pula dengan lelaki BOTAK?Mungkin sesetengah beranggapan mereka yang botak ini nampak Ganas dan Jahat,Tetapi itu hanya luaran sahaja.Bak kata pepatah,jangan menilai seseorang itu hanya melalui luaran sahaja.

Ada sesetengah wanita beranggapan,Lelaki Botak sebenarnya memiliki sifat Kelakian yang Kental,Tahan Cabaran tetapi masih terselit kelembutan di dalam dirinya.Selalunya lelaki botak juga seorang yang manja dan tak kurang juga beranggapan mereka nampak seksi apabila botak.Benarkah begini? Apa komen anda

Sumber:Mingguan Wanita bil 1377


pada aku Botak tu memang seksi (aummm.... i loikeee ☺).. tapi janganlah botak licik yang tengah2 tu....erkkkkk......

tapi kalau ada rambut sikit-sikit memang SEXY gilerrr lah.. he3 so dun't worry lelaki2 yang kurang rambut kat luar sana.. masih ada gadis yang gilakan anda tak payahlah susah2 nak pakai wig ke, g Yun Nam ke.. buang duit je, anda tetap Hot walaupun anda tiada rambut tak caya??? ni aku bagi korang teruja dengan lelaki-lelaki botak yang hot!!hahahahaha




& the hottest & sexiest ever :-

Tetapi jangan COBA-COBA ...... 
dia aku yg punye.. hihihi (promote laki...kahkahkah..)


♥CikPuteh@ReenDiane♥

Lelaki Boroi selepas kahwin? Apakah??


he2.. Tajuk macam best je kan.. asik-asik Isteri gemuk jek diperkatakan.sesekali kita bincang pasal hal encik-encik suami yang semakin 'membesar bagai johan' pulak.. he3
Minggu lepas aku pergi ke majlis kahwin seorang kenalan suami & beberapa teman rapat suami mula menegur.."aik, cam dah naik jek, ni siapa yang preggy ni".. & suami hanya tersenyum sambil memandang Puan isteri disebelah..
Betul!!! bukan sahaja suami ku tapi ramai teman-teman yang dulunya pinggang 27 dah naik jadi 33 seletah 2 bulan berumah tangga. kadang-kadang lucu melihat. he3
apa puncanya agaknya... antara penyumbang keboroian diorang adalah:- 

♥ lelaki bujang tidak peduli soal pemakanan tetap, sedangkan apabila sudah berkahwin makan tersedia untuk sarapan pagi, tengah hari hinggalah ke malam. 
♥ Banyak masa dihabiskan di rumah. Lantas, secara tidak langsung tabiat makan membuak-buak kerana asyik makan. 
♥ Kurang senaman atau menyertai aktiviti bersukan dengan rakan-rakan. 
♥ Kehidupan harian lelaki lebih terurus kerana semuanya dikendalikan isteri berbanding diri sendiri ketika zaman bujang. 
♥ Tanggungjawab makin besar dan bebanan kerja semakin bertambah.
 
•Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.
•Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang ‘slim? dan masih tampan.
•Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang…namun itulah hakikatnya.☺

Macamanapun encik-encik suami kat luar, walau berapa pun ukuran pinggang anda & walau macamana pun bentuk anda, Kami tak pernah kurang sayangkan anda. tapi kene lah jaga juga, nanti kalau dah sampai tahap obesiti sapa yang susah? masa tu mula lah bersarang penyakit. jangan pula asyik komplen bini dah tak seslim dulu, secun dulu segebu dulu.. kena lah sama-sama maintain...Besar ke ,kurus ke, tebal ke nipis ke yang penting sihat.. boroi pun comel apa.. he3
♥CikPuteh@ReenDiane♥

Kasta dalam pejabat...perlukah??


Kasta. Aku ingatkan sudah tidak wujud lagi pengenalan identiti melalui kasta di zaman yang serba canggih sekarang. Rupa-rupanya aku silap..ada lagi rupanya.masih terdapat mereka yang masih berfikiran kuno yang masih mengamalkan prinsip ini di dalam kehidupan masing-masing.
Zaman sekarang sepatutnya kes kasta-kasta atau perbezaan taraf/darjat tak patut wujud tapi kalau dilihat dalam skala yang lebih kecil yakni di tempat kerja, ada juga manusia yang menganggap dirinya terlampau “tinggi” dan orang di sekelilingnya hanyalah sekumpulan manusia yang jauh lebih “rendah”. macam tak bertamadun manusia yang sebegitu kan. Aku tak bercerita tentang sesiapa , aku bercerita secara umum. Pada pendapat aku, manusia sebegini terlalu ego. Tidak mahu mendengar pendapat orang lain dan merasakan bahawa dirinya tidak sepatutnya ditegur terutamanya jika orang bawahan yang menegurnya. Apa alasannya? “Sebab diriku ada segulung ijazah dan pangkatku lebih besar daripada kau!”. Oh, betapa alpanya manusia sebegini dengan anugerah yang diberi kepadanya. Mungkin manusia ini lupa yang jika Dia hendak menarik balik apa yang sudah dikurniaNya, sekelip mata sahaja segala-galanya akan berubah.
Kan lebih manis jika kami menghormati anda kerana anda seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dengan kerja kamu dan kamu mampu menjadi contoh. apa guna Ijazah yang kamu genggam tapi kerja kamu tak ubah seperti kami yang tidak memiliki ijazah seperti kamu. Usah terlalu bangga dengan apa yang kamu ada. Ia tak bawa kemana-mana.
Memang fitrah manusia, jika dapat bahagian yang lebih sedikit, maka berlakulah perubahan pada dirinya sedikit demi sedikit. Sakit mata dan sakit telinga menjadi saksi kepada kewujudan manusia serupa ini. (saya tak bercakap tentang siapa-siapa, saya bercakap sebagai ingatan untuk semua teman-teman termasuk diri saya sendiri)
Lumrah manusia bila diatas lupa rumput dibumi. tapi sebagi rumput aku tidak melihat perlu untuk asyik menuding salah yang atas kerana belum tentu kita menjadi sebaik sekarang bila kita diatas, silap-silap kita menjadi seperti kaduk naik junjung. lebih teruk dari yang sedia ada.
Apa pun situasinya, aku sering ingatkan diri jangan pernah lupa 'tanah' mana kaki berpijak.. Insya-Allah. Belajar dari apa yang berlaku agak aku bukan dari golongan mereka. Biar ikut resmi padi makin berisi makin tunduk. Tuhan Tolong Ingankan Aku.. amin.... ♥♥peace♥♥
♥CikPuteh@ReenDiane♥

mampukah lelaki & wanita bersababat atau sekadar bersahabat???


Soalan yang bermain dalam fikiran saya sejak semalam. Bila seorang teman bertanya, saya tak mampu beri jawapan yang jelas. Tapi saya akui memiliki seorang SAHABAT lelaki memang 'cool' sebab mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak?
Saya memang senang berkawan dengan ramai orang tidak kira perempuan ataupun lelaki. tetapi jumlah SAHABAT saya sangat terhad, boleh dikira dengan jari. SAHABAT dalam konteks hidup saya seorang yang saya bebas bercerita suka & duka, kongsi susah & senang, bersama waktu bangun dan jatuh, mampu untuk sama-sama ketawa dan menangis, dan mampu menyimpan rahsia saya seperti rahsia dirinya sendiri. Nampak seperti saya memilih, tapi tak salah memilih sahabat sebab saya pentingkan kualiti persahabatan. bukan hari ini mengaku sahabat tapi tikam dari belakang. SAHABAT-SAHABAT SAYA adalah golongan manusia yang memang layak menjadi dan digelar SAHABAT. Merekalah kawan, teman, abang, kakak, adik saya. Dua orang sahabat lelaki tempat saya bercerita dan meluah masalah. kadang-kadang rimas bila dimarah tapi saya tahu mereka sayang saya.. Thanks FAUZAN & AYENdan saya amat bangga bila mereka mencari saya bila ada masalah untuk minta pendapat dan sentiasa free bila saya call tgh-tgh malam untuk luah masalah saya. (ofkos untuk Mek, Akma, Lina, Alin, Maz)

Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, Tidak ada tarikan seksual dan tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya.( tapi saya pernah rasa waktu bersahabat dengan suami saya dulu hehe)  Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.

Tapi saya kini memiliki seorang lelaki yang bermula dari kawan, menjadi teman, seterusnya sahabat dan kini menjadi suami.Seorang yang memahami saya dan amat rasional dalam menangani emosi saya. Tapi kadangkala saya tetap memerlukan SAHABAT saya untuk berkongsi atau meluahkan apa yang saya tak mampu kongsi dengan LELAKI saya. sebab ada benda yang lebih baik tidak diceritakan . tapi saya tak tahu kalau saya mampu terima jika LELAKI saya mencari KAWAN WANITA nya untuk bercerita sesuatu yang saya tak patut tahu. disitu saya masih berteka teki..MAMPUKAH LELAKI DAN WANITA SEKADAR BERCERITA. meletakkan diri sebagai Cameron Diaz dalam My Bestfriend Wedding membuat saya tak mampu memberi jawapan yang jelas....


antara filem yang melibatkan persahabatan antara lelaki dan perempuan ini buat saya terfikir mampukah lelaki & wanita bersababat atau sekadar sahabat???
  dua sahabat berlainan jantina ini sudah berjanji akan berkahwin seandainya mereka berdua tidak menemui kekasih hati. Julia Robert menanti sahabatnya kembali dan yakin dia akan hidup bersama dengan sahabatnya sendiri. Alih-alih sahabat kita kembali membawa kekasih hati. Tidak remukkah hati Julia Robert?.Cuba kita selami hati camron Diaz pula, bayangkanlah kekasihnya mempunyai sahabat baik perempuan dan mereka berdua saling memerlukan antara satu sama lain. Sewaktu tunang Cameron Diaz mahu mencuba pakaian pengantin, Julia Robert turut berada bersama dan tunang Cameron lebihkan Julia Robert berbanding Cameron Diaz. Kalaulah saya di tempat Cameron Diaz, saya akan meminta perpisahan dan meminta pasangan sahabat baik ini berkahwin.

persahabatan antara Anjali dan Rahul akhirnya musnah dengan kehadiran Tina. Bayangkan Anjali tidak sanggup meneruskan persahabatan dengan Rahul apabila Tina menjadi kekasih hati Rahul. Sanggupkah kita melihat sahabat baik lelaki kita didampingi perempuan lain. Bohonglah tiada perasaan cemburu. Pasangan sahabat yang berlainan jantina selalu bersama, berkonsi, bergurau senda tidak mustahil akan menimbulkan perasaan cinta lebih-lebih lagi antara persahabatan saling mengerti, memahami dan sama citarasa. Biukankah salah satu ciri-ciri kekasih idaman adalah orang yang saling memahami?



 Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.....♥♥♥peace♥♥♥

♥CikPuteh@ReenDiane♥

kitar haid & waktu subur

Ramai dikalangan kita yang taidak tahu mengira kitar haid & mengesan waktu subur. sebelum ni pun Cikput jenis yang tak berapa kira sangat.. Tapi untuk pengetahuan am, tak salah kan kita belajar & ambil tahu. sekurang-kurangnya jika adik perempuan kita atau sahabat bertanya kita dapat kongsi info sedikit sebanyak...


Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur
  • Paling Subur – Dari 72jam (3 hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub falopain dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sperma masih ada.
  • Waktu Berjaga-jaga - Dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan.
  • Paling Kurang Subur – Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.

Waktu subur paling tepat dikitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari (putaran haid adalah tetap bagi setiap bulan), waktu ovulasinya adalah pada hari ke-14 (28 tolak 14). Bagi wanita yang kitaran haidnya ialah 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-21 (35 tolak 14).        (Pa&Ma, Jun 2009 : Dr Adilah Ahmad)


BILAKAH WAKTU SUBUR?
Kalau korang dah faham kitaran haid kat atas tu, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Nak tahu bila ovulasi berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Faham tak? Macam ni. Katalah korang period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = hari ke 14 . Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
 ** untuk mengetahui fasa-fasa yang disebut diatas bolehlah merujuk disini

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Waktu awal subur ialah tanda pengeluaran lendir yang semacam putih telur yang belum dimasak.
sengal di paras atas ari-ari yang menandakan ovulasi
Suhu badan sedikit naik
♥CikPuteh@ReenDiane♥

Age is just a number..



Age is just a number. Memang, umur hanyalah mainan angka. Jadi, apakah salahnya jika pasangan berbeza umur?
Sekilas pandang seperti anak dan ibu, ataupun anak dan ayah. Buruk rupanya, gadis muda berpegangan tangan dengan jejaka yang jauh lebih berusia, ataupun wanita berusia berpelukkan bersama jejaka yang jauh lebih muda.Agak kejam, bila ada yang melabelkan wanita muda yang mencintai lelaki seusia bapanya hanyalah memandang poket dan harta lelaki itu dan lelaki tua yang berkepit dengan gadis yang boleh dipanggil anak hanya bertuankan nafsu semata-mata kerana isteri dirumah sudah monopaus, Manakala Lelaki yang menikahi wanita yang layak dipanggil kakak semata-mata ingin menumpang ekonomi wanita yang lebih kukuh. Pada pendapat cikput persepsi itu sangat tidak adil.. Seolah-olah setelah umur meningkat, seseorang itu tidak layak dicintai..siapa yang mampu melawan takdir. Siapa kita untuk menolak jodoh. Biar apa pandangan orang yang penting mereka bahagia


Antara Sebab kenapa lelaki tertarik dengan wanita berusia ialah :-

Matang
Berdikari
Penyabar
Pandai Mengurus RumahTangga
Penyayang


dan antara faktor kenapa Wanita sekarang pilih Lelaki Berusia;-

Lebih Matang
Ekonomi Lebih Stabil
Berpengalaman
Kurang Baran
Penyayang








Antara pasangan selebriti terkenal yang jauh berbeza umur seperti Demi Moore & Ashton Kutcher, Michel Douglas & Catherine Zeta Jones, Zizie Ezette & Bung Mokhtar, Maizawati & Yassin









Apa-apa pun bagi CikPut, kalau dah suka, apalah sangat had umur berbeza? tiada salahnya hubungan pasangan berbeza umur. Masyarakat patut bukak minda pada hubungan yang berbeza umur macam ni. Kebahagian datang pelbagai cara, tak semestinya kawin sama usia jaminan bahagia...yang penting macam mana kita tolerate with the situation.

♥♥peace♥♥
♥CikPuteh@ReenDiane♥

Monday, March 21, 2011

harga sebuah kemaafan

salam..
Maaf angin cikput tak bape baik harini. macam-macam yang cikput rasa, sentap, sedih, bengang, marah & akhirnya cikput menyesal.. Betul kata Hubby Cikput, kalau marah jangan bercakap & DIAM sampai perasaan tu cool. bimbang nanti kata-kata yang keluar berbaur amarah dan megeruhkan keadaan yang sedia keruh.
Tapi Cikput mengaku , Cikput selalu lupa. 


Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:
Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

ada seorang teman pernah ingatkan cikput : "Maafkan semua orang sebelum tidur, nanti bangun dengan hati yang senang"..mungkin bercakap itu mudah, melaksanakan itu satu yang sukar bagi kita, mungkin hati kita belum cukup bersih..(itu kata abah),  
Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Ya Allah , semoga CikPut dapat memaafkan semua teman-teman CikPut..  
Nanti kalau umur CikPut tak panjang satu je cikput nak semua orang tahu, CikPut tak pernah simpan salah orang dalam hati. Semua CikPut dah maafkan sebab CikPut sayang semua orang.
(thanks untuk my dear friend Jaja yang buka mata cikput tentang hakikat kemaafan)
 
♥CikPuteh@ReenDiane♥

Friday, March 18, 2011

Sakit kepala


salam... Orang perempuan memang tak dapat lari dari masalah sakit kepala. kadang-kadang cemburu dengan lelaki yang tak pernah atau jarang diserang sakit kepala. Ingat jangan ambil mudah hal sakit kepala. jom kita share jenis & langkah yang perlu diambil bila sakit kepala menyerang.
Jenis-jenis Sakit Kepala dan Ciri-cirinya 


Sakit kepala disebabkan ketegangan.


Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.
•  Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat diantara serangan. Walaubagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah.
•  Menyerang pada bila-bila masa.
•  Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam


Sakit Kepala Migrain


•  Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
•  Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
•  Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahanlahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
•  Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau
dua hari.
•  Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntahmuntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala
jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.
•  Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migraine


Sakit Kepala Bertumpu


Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalngan  lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
•  Sakitnya hanya mepiluti  sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
•  Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
•  Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
•  Sakir yang menyebabkan seseorang terbangun dariapda tidir dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
•  Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.




Keradangan Sinus


•  Sakit yang biasanya bermulal semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pangliran lender berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks)
•  Sakit yang tertumpu padasatu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
•  Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.
•  Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
•  Sakit yang menjadi lebihteruk dengan pengambilan aokohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas.
•  Mempunyai sejarah 'demam hay' (rhinitis alergik) dan alahan.


Arteritis Temporal


•  Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun
•  Sakit yang berkaitan dengan abhagaian kepala dan pelipis yang sensitive (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang.
•  Penglihatan terganggu
•  Sakit-sakit pada seluruh badan.
•  Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejapsekejap.
•  Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang
•  Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasa perubatan - pesakit perlu dirawat dihospital dengan segera.


Faktor-faktor Lain yang Menyebabkan Sakit Kepala


⇒ Demam selesema yang biasa, influenza.
⇒ Demam yang disebabkan virus
⇒ Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur
⇒ Makanan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, the, daging yang telah diawet dan monosodium glutamate
⇒ Kecederaan pada kepala / posttraumatic
⇒ Berlaku jangkitan di kepala atau leher
⇒ Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran
⇒ Keracunan
⇒ Kesan-kesan sampinagn daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar)
⇒ Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid (PMS)
⇒ Tekanan
⇒ Gigi bernanah
⇒ Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubatubatan lain
⇒ Kesan akibat berhenti daripada mengambil dadah jalanan.
⇒ Pengambilan alkohol yang melampau


Penjagaan Sendiri untuk Mengawal Sakit Kepala




•  Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan  cuba elakkannya.
•  Elakkan daripada mengambil makanan dan minuma  yang boleh menyebabkan sakit kepala
•  Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot  yang tegang.
•  Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit
kepala anda
•  Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dengan perlahan-lahan
•  Mandi
•  Tutup mata anda dengan kain basah




Ingat...Hubungi Doktor Jika...



•  Sakit kepala yang teruk atau kuat menyerang tiba-tiba.
•  Sakit kepala yang semakin lama semakin teruk atau dikaitkan dengan masakah penglihatan, percakapan yang tidak jelas, masalah menggerakan tangan dan kaki, atau masalah-maslaha
yang seumpamanya.
•  Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala
•  Sakit kepala yang paling teruk pernah anda alami dan menyerang tiba-tiba
•  Sakit kepala yang berlarutan beberap hari
•  Sakit kepala yang teruk pada waktu pagi dan tiada gejalagejala lain yang timbul
•  Sakit kepala yang sering berlaku dan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau sinusitis yang kronik.
•  Terdapat perubahan ciri-ciri sakit kepala yang luar biasa
•  Anda mungkin merasa anda mengidap arteritis tempora




~TAHUKAH ANDA~ 
 
DENGAN BERKUMUR DENGAN AIR BAWANG PUTIH. ANDA AKAN DAPAT SELESAIKAN MASALAH MULUT, GIGI DAN GUSI ANDA DALAM MASA YANG SINGKAT.  
-DENGAN MENYAPU AIR BAWANG PUTIH PADA BISUL DAN JERAWAT AKAN MENGUBATI PENYAKIT ITU DI LUAR JANGKAAN ANDA. 
-DENGAN SOLAT 41 RAKAAT SETIAP HARI AKAN MENJAMIN KESIHATAN ZAHIR DAN BATIN SECARA MAKSIMA.
 
-DENGAN MEMAKAN DUA ULAS BAWANG PUTIH MENTAH SETIAP HARI AKAN MENJAMIN KESIHATAN ANDA PADA HARI ITU. 
-DENGAN MENCUCI MATA DENGAN AIR BAWANG PUTIH AKAN MENGUBATI PENYAKIT MATA.



~p/s: Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati~~~hargai nikmat sebelum kehilangan~ Cikput sayang korang semua. ♥♥


♥CikPuteh@ReenDiane♥

Thursday, March 17, 2011

Cantik & bahagia


Salam...
Hari ni CikPut dapat call dari seorang teman lama, sebab dah lama tak jumpa so banyaklah yang dibualkan. sampai panaslah telinga CikPut, tapi happy, dah lama CikPut tak bergayut lama-lama cam ni. Gelak-gelak, gossip-gossip, akhirnya dia bercerita tentang hidupnya. bukanlah 'cerita' dia yang cikput nak sharekan, tak baik bukak pekung orang kan..tapi isu yang dibualkan amat menarik cikput untuk menulis kat blog nih.
PERLUKAH MENJADI CANTIK UNTUK MERASA BAHAGIA @ KITA AKAN MENJADI CANTIK BILA KITA BAHAGIA?????
cam soklan SPM jek. tu pun soklan SPM memang dah siap jawapan, tapi soklan ni macam tergantung... apa yang cikput nak taip ni , ikut pendapat peribadi cikputlah, masing2 ada pendapat masing2 kan. mana-mana pendapat pun tak salah.
Pernah tak korang belek-belek majalah pastu terlintas kat minda korang

" kenapalah aku tak secantik dia ni" atau "Bertuahnya jadi dia ni...cantik.."

tapi korang pasti ke diorang bahagia?
saya memiliki beberapa teman yang sanggup menghabiskan duit semata-mata ingin cantik. saya agak ragu dengan pengertian cantik. ada teman kata cantik tu universal, cantik tu subjektif.. yang tu CikPut setuju sangat-sangat. bila cikput tanya untuk apa nak cantik? sekarang tak cantik ke?~jawapan yang cikput terima buat cikput tersenyum sepanjang hari:-

"sekarang cantik juga, tapi nak lebih cantik, baru Mr.Love tak lari"

Tak Bersyukur rupanya.... urmm..Cikput tak kata apa yang dijawab tu salah. terpulang lah. Cikput pernah terfikir camtu. memuji kecantikan si polan, dan si polan. Cikput dikelilingi dengan wanita-wanita cantik dan hebat-hebat. ada kala memang cemburu tapi cikput bahagia menjadi diri cikput sendiri. itu lebih baik dan nampak selesa.Teman-teman Cikput cantik-cantik, sampaikan bila sama-sama ke salun untuk potong rambut cikput rasakan tukang gunting tu saje je sabotaj cikput, dia potong rambut cikput tak kena dengan muka cikput, kenapa dia potong rambut kawan cikput ok jek, nampak sesuai sangat dengan muka dia. padahal kami ambil style rambut yang sama, akhirnya cikput sedar.. lain orang lain lah keistimewaannya. he3..akhirnya cikput tersenyum sendiri,.
sama juga situasi bila masuk ke butik baju, kami mengambik baju yang saya bila keluar dari fitting room teman memuji "Gosh..ko cantik beb pakai baju ni.. aku tak cantik, cam tak kena dengan aku. untung ko ada *** besar. nampak gorgeous.." cikput tersenyum sendiri sambil mengangkat kening, sambil betulkan rambut yang disabotaj oleh penggunting rambut tadi.. hahah (fitnah!) he3. lumrah lelaki sukakan perempuan yang cantik. mesti begitu, mesti begini. banyak sungguh kritiria yang nak kene penuhi semata-mata untuk dapatkan hati sang lelaki. tapi mereka setampan Yusuf as ke untuk mendapat wanita setulus Zulaikha, dia sehebat Sulaiman as ke untuk mendapat wanita secantik Balqis? bagaimana nanti kalau kecantikan itu pudar? turut pudar kah cinta sang arjuna, bagaimana nanti kalau wanita menjadi tua, turut pudarkan kasih mereka. ....hurmm entahlah... kan lebih bahagia kalau cukup sekadar sedap mata memandang, apa guna beristeri cantik kalau di rumah takut untuk memegang kuali takut nanti kuku patah, takut mahu menyental periuk takut nanti kasar tapak tangannya, bahagia kah perut sang suami? kalau itu lah yang dikatakan bahagia.. maka saya mendapat jawapanlah kenapa wanita obses untuk cantik. kerana lelaki sudah mengetepikan keperluan sang suami hanya untuk bermegah dengan memiliki wanita cantik walaupun........................teeet.
kesimpulan setiap orang ada kelebihan masing-masing, ada cantik masing-masing dan semua orang layak merasa bahagia, jangan lah merungut. berapa ramai orang yang cantik tapi ditinggal suami, berapa ramai orang cantik yang masih tidak mempunyai pekerjaan, berapa ramai orang yang cantik dibenci orang..bersyukurlah sekurang-kurangnya kita yang sederhana ni masih mempunyai hidung mata pipi yang sempurna, masih mempunyai keluarga, masih mempunyai pekerjaan, dan yang pasti kita masih ada peluang untuk merasa bahagia dengan cara kita sendiri, yang penting jangan mengharap terlalu tinggi kerana untuk merasa bahagia kita perlu untuk mencarinya. maka kita akan lebih menghargainya...adios...
♥CikPuteh@ReenDiane♥

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 

“Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. 

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi .Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat…
Kerana itu jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??  ~~~

♥CikPuteh@ReenDiane♥