Tuesday, March 22, 2011

kitar haid & waktu subur

Ramai dikalangan kita yang taidak tahu mengira kitar haid & mengesan waktu subur. sebelum ni pun Cikput jenis yang tak berapa kira sangat.. Tapi untuk pengetahuan am, tak salah kan kita belajar & ambil tahu. sekurang-kurangnya jika adik perempuan kita atau sahabat bertanya kita dapat kongsi info sedikit sebanyak...


Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur
  • Paling Subur – Dari 72jam (3 hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub falopain dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sperma masih ada.
  • Waktu Berjaga-jaga - Dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan.
  • Paling Kurang Subur – Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.

Waktu subur paling tepat dikitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari (putaran haid adalah tetap bagi setiap bulan), waktu ovulasinya adalah pada hari ke-14 (28 tolak 14). Bagi wanita yang kitaran haidnya ialah 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-21 (35 tolak 14).        (Pa&Ma, Jun 2009 : Dr Adilah Ahmad)


BILAKAH WAKTU SUBUR?
Kalau korang dah faham kitaran haid kat atas tu, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Nak tahu bila ovulasi berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Faham tak? Macam ni. Katalah korang period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = hari ke 14 . Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
 ** untuk mengetahui fasa-fasa yang disebut diatas bolehlah merujuk disini

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Waktu awal subur ialah tanda pengeluaran lendir yang semacam putih telur yang belum dimasak.
sengal di paras atas ari-ari yang menandakan ovulasi
Suhu badan sedikit naik
♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..