Tuesday, March 22, 2011

mampukah lelaki & wanita bersababat atau sekadar bersahabat???


Soalan yang bermain dalam fikiran saya sejak semalam. Bila seorang teman bertanya, saya tak mampu beri jawapan yang jelas. Tapi saya akui memiliki seorang SAHABAT lelaki memang 'cool' sebab mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak?
Saya memang senang berkawan dengan ramai orang tidak kira perempuan ataupun lelaki. tetapi jumlah SAHABAT saya sangat terhad, boleh dikira dengan jari. SAHABAT dalam konteks hidup saya seorang yang saya bebas bercerita suka & duka, kongsi susah & senang, bersama waktu bangun dan jatuh, mampu untuk sama-sama ketawa dan menangis, dan mampu menyimpan rahsia saya seperti rahsia dirinya sendiri. Nampak seperti saya memilih, tapi tak salah memilih sahabat sebab saya pentingkan kualiti persahabatan. bukan hari ini mengaku sahabat tapi tikam dari belakang. SAHABAT-SAHABAT SAYA adalah golongan manusia yang memang layak menjadi dan digelar SAHABAT. Merekalah kawan, teman, abang, kakak, adik saya. Dua orang sahabat lelaki tempat saya bercerita dan meluah masalah. kadang-kadang rimas bila dimarah tapi saya tahu mereka sayang saya.. Thanks FAUZAN & AYENdan saya amat bangga bila mereka mencari saya bila ada masalah untuk minta pendapat dan sentiasa free bila saya call tgh-tgh malam untuk luah masalah saya. (ofkos untuk Mek, Akma, Lina, Alin, Maz)

Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, Tidak ada tarikan seksual dan tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya.( tapi saya pernah rasa waktu bersahabat dengan suami saya dulu hehe)  Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.

Tapi saya kini memiliki seorang lelaki yang bermula dari kawan, menjadi teman, seterusnya sahabat dan kini menjadi suami.Seorang yang memahami saya dan amat rasional dalam menangani emosi saya. Tapi kadangkala saya tetap memerlukan SAHABAT saya untuk berkongsi atau meluahkan apa yang saya tak mampu kongsi dengan LELAKI saya. sebab ada benda yang lebih baik tidak diceritakan . tapi saya tak tahu kalau saya mampu terima jika LELAKI saya mencari KAWAN WANITA nya untuk bercerita sesuatu yang saya tak patut tahu. disitu saya masih berteka teki..MAMPUKAH LELAKI DAN WANITA SEKADAR BERCERITA. meletakkan diri sebagai Cameron Diaz dalam My Bestfriend Wedding membuat saya tak mampu memberi jawapan yang jelas....


antara filem yang melibatkan persahabatan antara lelaki dan perempuan ini buat saya terfikir mampukah lelaki & wanita bersababat atau sekadar sahabat???
  dua sahabat berlainan jantina ini sudah berjanji akan berkahwin seandainya mereka berdua tidak menemui kekasih hati. Julia Robert menanti sahabatnya kembali dan yakin dia akan hidup bersama dengan sahabatnya sendiri. Alih-alih sahabat kita kembali membawa kekasih hati. Tidak remukkah hati Julia Robert?.Cuba kita selami hati camron Diaz pula, bayangkanlah kekasihnya mempunyai sahabat baik perempuan dan mereka berdua saling memerlukan antara satu sama lain. Sewaktu tunang Cameron Diaz mahu mencuba pakaian pengantin, Julia Robert turut berada bersama dan tunang Cameron lebihkan Julia Robert berbanding Cameron Diaz. Kalaulah saya di tempat Cameron Diaz, saya akan meminta perpisahan dan meminta pasangan sahabat baik ini berkahwin.

persahabatan antara Anjali dan Rahul akhirnya musnah dengan kehadiran Tina. Bayangkan Anjali tidak sanggup meneruskan persahabatan dengan Rahul apabila Tina menjadi kekasih hati Rahul. Sanggupkah kita melihat sahabat baik lelaki kita didampingi perempuan lain. Bohonglah tiada perasaan cemburu. Pasangan sahabat yang berlainan jantina selalu bersama, berkonsi, bergurau senda tidak mustahil akan menimbulkan perasaan cinta lebih-lebih lagi antara persahabatan saling mengerti, memahami dan sama citarasa. Biukankah salah satu ciri-ciri kekasih idaman adalah orang yang saling memahami?



 Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.....♥♥♥peace♥♥♥

♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..