Showing posts with label dapur. Show all posts
Showing posts with label dapur. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Puding Roti Simple


Harini aku try buat puding roti.. Happy giler biler habi kata sedap.. ngee~~ sok leh wat lagi, makan sampai lobam..hehehe
Jom share resipi, sesuai sangat untuk bini-bini yang tak berapa terror masak cam aku...kacang jek hehehehe

Bahan-bahannya cik kiah yek~~


7-8 keping roti putih (aku pakai gardenia)
1-2 sudu mentega
2 bijik telur
1/2 cawan gula kaster (leh kurangkan kalau penghidap diabetis, atau lebihkan kalau teringin nak potong kaki..he)
1 1/2 cawan susu UHT
1/2 cawan krim putar (sebab aku malas nak carik, aku ganti dengan susu cair)
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/4 susu kecil serbuk kayu manis (yang ni aku abaikan sebab kedai kat umah aku tak de jual..hehe)
1/2 cawan kismis (lebih pun takpe...sedap)
1/4 cawan kacang badam cincang (aku pakai yang slice2)

meh den tunjukkan caranya ek...


1. sapu mentega pada roti, pasti potong roti ikut suka bentuk korang, 4 segi ke, nak bulat ke, ikut kreativitilah yek.
2. susun roti tadi dalam acuan pembakar (pun ikut citarasa korang)
3.campurkan telur, susu, krim (susu cair),esen vanilla & kulit kayu manis, kacau rata & sebati
4.curah pada roti yang disusun dalam acuan tadi
5.Taburkan kismis & kacang badam atas roti & bakar atas dulang yang berisi air (steam bake) dengan suhu 180 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga roti keperangan.

○•○~ sos pulak camni buatnye~~

~bahan-bahan sos~
125ml susu UHT
125ml krim putar (susu cair pun boleh jek)
1/4 cawan gula kaster
2 biji kelur kuning
1 sudu besar tepung jagung

~cara-caranya~
1. campur semua bahan dan kacau sebati
2.masak atas api sederhana hingga sedikit likat, pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan berketul...
3. siap

lepas puding masak, bolehlah masuk dalam bekas kecil & curah sos..nyummmm...nyum......♥jom terai
♥CikPuteh@ReenDiane♥

Wednesday, April 6, 2011

TRIFFLE COCKTAIL


penah tak korang makan triffle? urmm.. harini aku nak share resipi paling mudah, sedap dan menggoda...
encik Hubby pun suka.


::Bahan-bahan::
◘ Kek gulung vanilla (kat kedai kek KING’S tu sedap)
◘ Tepung kastard (Bird’s Custard)
◘ 1 tin susu cair Ideal
◘ Crystal Jelly (perasa ikut citarasa masing-masing)
◘ Cocktail campuran ( incik Habi aku suka letak nata de coco..sejuk dan sedap...)
◘ Gula
◘ whipping cream
◘ Air

::Cara-cara nak buat::
☼ Potong kek gulung kepada 12 bahagian.
☼ Susun kek gulung ke dalam bekas yang lutsinar (supaya nampak cantik bila dah siap nanti).
☼ Masukkan 1 tin susu cair Ideal ke dalam periuk.
☼ Masukkan 1 setengah tin air ke dalam periuk yang sama. Guna tin susu tadi untuk sukatan.
☼ Masukkan 7 sudu besar tepung kastard ke dalam campuran susu dan air tadi. Jangan membukit. Biarkan rata je dengan sudu. Kang terlebih, keras pulak jadinya.
☼ Masukkan 5 sudu besar gula. Serupa jugak. Sukatan gula tu jangan membukit. Rata je dengan sudu. Kalau manis sangat tak sedap. Sebab kek gulung tu dah manis.
☼ Kacau campuran tadi sampai larut.
☼ Letakkan campuran tadi atas api yang kuat. Kacau selama 10 minit
☼  Kecilkan api dan kacau lagi selama 45 minit. Diulangi, 45 minit. Pendek kata, siap bawak kerusi duduk tepi dapur sambil dengar walkman
☼ Matikan api dan tuang atas kek yang dah disusun tadi. Biar kek tenggelam.
☼ Biarkan sejuk selama 10 minit.
☼ Taburkan cocktail buah-buahan atas trifle yang separuh siap tadi.
☼ Larutkan jelly ke dalam 400ml air panas. Tak payah masak atas dapur.
☼ Tuangkan atas campuran kek, kastard dan cocktail tadi.
☼ Tuang whipping cream dan susunlah buah pilihan anda.masukkan dalam peti ais.sedap bila dimakan sejuk:-)


 NYUMMMMMM........SUKA SANGAT-SANGAT....SELAMAT MENCUBA.... ♥♥






♥CikPuteh@ReenDiane♥

muffin chocolate chip


 

~Bahan-bahan~

  • 220 gram tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula caster
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil perasa vanilla
  • Chocolate Chip / filling yang anda suka (blueberry, chocolate, pisang dll)
  • 1 biji telur dipukul sedikit

~Cara-cara~

  1. Satukan tepung dgn gula dan kacau sebati.
  2. Satukan bahan basah (minyak, telur, susu dan perasa vanilla). Kacau sebati.
  3. Masukkan perasa tambahan kegemaran anda.
  4. Gaul sebati, tak payah lama, asal sekata. Masukkan dalam mangkuk muffin dan bakar pada 180 selama 15-20 minit atau hingga keperangan/coklat gitu. 
senang je kan...selamat mencuba ♥cikput

♥CikPuteh@ReenDiane♥

APAM DOT DOT



hari ni mood nak wat keje memang berada dalam tahap keji (hahahahaha). So sebagai menghilangkan kebosanan ni aku nak share resipi apam dot2 yang cun dan menyelerakan.. he3
meh kotorkan dapor korang...ngeee~~~~~~

~Bahan-bahan~
•3 biji telur - dari peti sejuk  
•275 gm tepung gandum 
•220 gm gula halus (kalau tak mo manis sangat leh kurangkan)
•150gm susu segar  
•3 sudu teh baking powder 
•1 sudu kecil ovallete 
•Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag takpun guna plastik yang bersih) 
•Pewarna ikut fav anda
•Bubuh sedikit esen Vanila untuk hilangkan bau telur



~Cara-cara~
•Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. 
•Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
•Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
•Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
•Picitkan blueberry filling secukupnya.
•Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
•Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
•Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
~tips~
Time mengukus jangan bukak api besar ek. Guna api sederhana je yer! takut nanti dia pecah & mekar sejambak.. fail.. ^-^

selamat menjuba ek.... ♥cikput
♥CikPuteh@ReenDiane♥

Friday, March 25, 2011

karipap gardenia


Resipi ni khas untuk isteri2 yang ado-ado cam aku ni. Yang setiap kali nak masak dok garok-garok kepala tak tau nak masak apa, walaupun dapat hubby yang very sporting and understanding.. ngeee...

Resipi simple ni sesuai giler kalu nak buat untuk sarapan.. kretif sikit..he3.


Barang yang diperlukan cuma roti gardenia (atau apa-apa roti yang korang suka..) dan inti karipap. Inti karipap ni ikut citarasa anda. Kalau suka daging sama kentang, buatlah daging sama kentang. Kalau suka sardin, buatlah sardin. Kalau suka ayam, buatlah inti ayam. Pandai-pandailah...terpulang pada selera anak-anak & hubby anda..kang buat ikut selera anda jek tanpa ambil kita serela diorang nanti diorang pandang jek x mo akan, sentap plak hati wanita anda.. hehehe

Mula-mula ambil sekeping roti dan gelek dengan rolling pin sampai nipis dan mampat yang sangat. Buang tepi-tepi keliling, tinggalkan putih roti sahaja. Sebelum tu bancuh sesudu tepung dengan sedikit air menjadi adunan yang pekat tapi jangan pekat sangat.untuk dijadikan gam..(**amarah keras, jangan pepandai guna gam sekolah anak korang kalau tak nak tgk pemakan karipap anda masuk spital ek)

Kemudian sapu bancuhan tepung tadi di tepi sekeliling roti. Gunanya seperti gam untuk melekatkan roti itu bila dicantumkan.

Cantumkan bentuk yang ada suka, samada 3 segi (penjuru ke penjuru) ataupun 4 segi sama.. ikut kreativiti koranglah...

Dan tekan tepinya dengan garpu untuk securekan lipatan

pastu panaskan kuali & anda boleh lah goreng hingga kekuningan.

satu cara lagi, sapukan mentega di kulit karipap itu , susun dalam loyang dan bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 170c 

selamat mencuba ♥peace♥

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Tuesday, March 22, 2011

Homemade Chocolate


last week ada sorang cousin bg makan coklat yang dia buat sendiri..sedap. aku memang suka makan coklat. so hari ni aku nak share untuk pencinta coklat di luar sana. pasni lehlah kita makan coklat sampai lebam.. he3


Bahan
♦ 300 gm cooking coklat/ dark Chocolate
klu nk sedap beli ler couverture chocolate @ jenama spt beryl's, hersheys ,v/houten atau yg seumpamanye.
50 gm cocoa butter
♦ 2 sudu besar serbuk milo@cadbury
♦ 2 sudu besar milk powder/ whip cream
♦ kekacang [badam/hazel/walnut..kismis] @ any filling spt mint, hazelnut spread dsb.
♦ acuan coklat

Cara
• Cincangkan semua bahan dan masukkan dalam bekas tahan panas.
• Letakkan dalam kuali berisi air dan panaskan sehingga coklat cair pastu tambah milo & susu.kacau sehingga bahan2 larut sepenuhnye.
• Tuangkan coklat dalam acuan coklat.
• Masukkan beberapa biji kacang , kismis atau filling yg lain. Tekan dengan garfu sampai tenggelam. Sejukkan
• Keluarkan dari acuan [tekan ditengah belakang acuan saperti keluarkan air batu]
• Hidangkan.

sekian & selamat mencuba..... ♥♥peace ♥♥

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Friday, March 11, 2011

kuih Dangai

ni antara kuih fav aku..
tapi tak semua orang terror buat
(contohnya aku ler.. suka makan jek..hahaha)
tapi bila tgk Ayie selambe jek buat , malu seyh....
takkan org lelaki leh aku tak leh... huhuhu
oleh itu meh share Resipi dengan aku
selamat mencoba...

BAHAN-BAHANYA:-

1 peket tepung pulut
3 biji kelapa parut muda (putih)
4 sudu besar gula putih
Gula merah atau gula melaka secukup rasa.
Sedikit garam.

CARANYA:-

1 Gaulkan tepung, kelapa, gula dan garam

2. Bahagikan kepada 2 bahagian

Tekan bahagian 1 dalam loyang yang telah disapukan dengan butter/ minyak. Kemudian taburkan sedikit gula merah/ melaka.

3. Tuang bahagian 2 di atas gula tadi dan tekan sedikit supaya mampat. Bila potong nanti tak terlerai.

4. Bakar dalam oven 180°C hingga masak. Bahagian tepi kekuningan.

P/S- Kalau nak cantik gunakan loyang yang panjang.

** kalau ada cara yag lebih senang share lah.. he3

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Cakoi Simple


Hari ni migrain pikir2 nak buat ape untuk minum petang…
belek2 Internet jumpa Cakoi Simple yang paling sesuei untuk "Isteri Junior" macam aku.
 So dengan hati tulus ikhlas jom cuba...


Bahan-bahan:

400gm tepung gandum (umi guna tepung cake)
1 cawan air
1 susu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
½ sudu the baking soda
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Caranya:

1.Campurkan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis 
dan baking soda di dalam mangkuk dan kacau sebati 
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh diuli
3.Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.Doh mestilah lembut
4.Rehatkan doh selama1/2 jam dan tutup dengan plastik bersih
5.Roll doh nipis lebih kurang 1/2cm berbentuk rectangle
6.Potong doh lebih kurang 1 inci setiap strips
7.bila dah potong tarik sikit dan cantumkan bahagian hujung dengan hujung.(tak tau le nak citer camner alah…kita tindihkan antara satu sama lain then cantum) 
8.lepas tu goring dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
9.bila sejuk bolehlah dihidangkan dengan sambal atau kaya.

** credit to mamafami

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Thursday, March 10, 2011

Angau Kerabu

Akhir-akhir ni suka benar makan nasik kerabu..
pagi nasik kerabu, petang nasik kerabu, malam nasik kerabu
yang paling dahsyat tu leh aku beli 2 bungkus, makan terus... hahahaha

sebelum ni mampos aku tak hingin nasik Biru ni..
entah apsal, hari tu encik,somi ajak g Kg.Baru makan nasik kerabu..terus aku addicted.. cheh
hari ni aku dh start teringin lagi, padahal semalam baru jek aku makan tak hinggat sampai licin
kalaulah pandai masak nasik kerabu, x yahlah pening pusing2 seremban carik nasik kerabu. en.somi pun dah bosan carikan.. hahaahaha

cari punya carik, akhirnya aku jumpa resipi Nasik Kerabu kat Internet. meh lah kite tgk sesama kot2 terbuka hati nak masak plak.... he2

NASI KERABU ISTIMEWA


Bahan dan Penyediaan NASI
4 pot beras
4 pot air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

Cara Memasak Nasi
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.

Cara Menghidang
1) Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.
2) Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL KELAPA
½ biji kelapa parut
1 camca the garam
2 camca besar gula
sedikit gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara Menyediakannya
1) Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.
2) Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL IKAN
5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji bawang merah
sehiris halia

1) Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.
2) Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.

Bahan dan Penyediaan CILI PADI JERUK
1) Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
2) Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
3) Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Bahan dan Penyediaan TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)
1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering
5 biji bawang merah ditumbuk l
2 biji bawang putih
sehiris halia
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
½ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara Menyediakannya
1) Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
2) Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
3) Sesuaikan rasa dan angkat.

ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.
2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
2 batang kangkung
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
½ biji timun
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Bahan dan Penyediaan SOLOK LADA
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
½ biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
¼ cawan santan pekat

Cara Menyediakannya
1) Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.
2) Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
3) Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
4) Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.

Bahan dan Penyediaan IKAN GORENG CELUP TEPUNG
5 ekor ikan, dibersihkan dan tos
½ cawan tpung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya
1) Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
2) Panaskan minyak.
3) Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

OPTION
PS : Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu tersebut dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan. Jika suka menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah.

NASI KERABU - TIPS

Untuk pengetahuan, nasi kerabu ada bermacam-macam warna. Nasi putih biasapun boleh digunakan. Paling popular yang warna biru. Kalau kat Kelantan dipanggil nasi kerabu hitam dan yang berwarna kuning dipanggil nasi kerabu tumis. Kalau yang warna biru tu biasanya menggunakan sejenis bunga. Orang disini sebut bunga nasi kerabu... memang khas untuk memasak nasi kerabulah. Rupanya seakan-akan bunga seri pagi yang warna biru tu dan buahnya seperti kacang sepat. Bila dimasukkan ketika nasi mendidih, bunga tersebut akan terus mencair dan menghasilkan nasi berwarna biru. Tapi nasi kerabunya tetap dipanggil NASI KERABU HITAM.

TETAPI, kebanyakan kat bandar-bandar sekarang, mereka menggunakan pewarna biru dan pewarna tu dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama beras dan air mengikut sukatan dan tanaklah seperti biasa. Banyak atau sikit tu terpulanglah. kalau suka gelap, letak banyak lah..

SEBENARNYA penggunaan warna tu adalah lebih menyenangkan dan tak payah bersusah payah untuk menumbuk itu ini nak dapatkan warna. Kalau ikut cara orang tua-tua dulu, selain menggunakan bunga nasi kerabu, mereka menggunakan air perahan daun mengkudu atau kunyit & cekur untuk menanak nasi kerana aromanya lebih wangi dan rasanya lebih umphhh. Sebab dulu takde pewarna.

UNTUK MAKLUMAN korang jugak, menanak nasi menggunakan air perahan daun mengkudu menghasilkan nasi berwarna kelabu dan aromanya juga berlainan dan taklah pahit walaupun daun mengkudu tu pahit.

WALAUBAGAIMANAPUN, korang
bolehlah mencuba mana-mana cara, dan penilaiannya nanti korang sendiri akan tahu mana yang lebih sedap.


♥CikPuteh@ReenDiane♥