Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Maharaja Lawak Minggu 6

Cam biasa..jom layan
kita enjoyyyyyyy~~~~~








hehe layankan je lah...... ♥peace

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Friday, April 29, 2011

Maharaja Lawak Minggu 5


jom layan 










PESERTA MAHARAJA LAWAK TERSINGKIR MINGGU 5 >> JIHAN
cam biasa..amir tetap MENJENGKELKAN aku..tak taulah korang..layan je lah...

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Sunday, April 24, 2011

Besarnya Makna Doa Sembahyang....

     



Semasa duduk antara dua sujud
Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami...sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita


Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..


Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)   
      
 

♥INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMUA YANG AKU SAYANG...



♥CikPuteh@ReenDiane♥

Friday, April 22, 2011

Maharaja Lawak Minggu 4



Bagi anda yang tidak berkesempatan untu menyaksikan persembahan Maharaja Lawak Astro Minggu 4. Saksikan video youtube Maharaja Lawak Minggu 4 disini.










PESERTA MAHARAJA LAWAK YANG TERSINGKIR MINGGU 4 INI IALAH ALEX


♥CikPuteh@ReenDiane♥

Wednesday, March 23, 2011

Tempah Pakej tiket Untuk Tinggalkan Bumi Elak Kiamat 2012


Nak tergelak pun ada....hahaha serious lawak seyh..
ntah hapa-hapa lah diorang ni.. sapa yang percaya bende ni memang sewel lah..
tapi aku sedih kalau saudara-saudara seIslam aku turut terpengaruh dengan agenda Yahudi ni..

tapi kalau ada yang nak beli tiket leh lah g kat website escapeearth2012 yang jual pakej tiket tu.. 
cepat sebelum kehabisan!!!
.. hahahaha
ntah hapa-hapa lah... haishhhhhh

makin cerdik manusia makin nampak bangang nye..entahlah.. korang tgk korang fikir-fikir kan lah ek....

♥CikPuteh@ReenDiane♥

tandas awam...

dah masuk 2011 tapi masih ramai yang macam dok kat zaman batu.. masih tak bertamadun dalam menggunakan tandas awam. sampaikan bila sahaja kita dengar perkataan tandas awam dah start rasa nam termuntah hijau.. geliiiiiiiiiii
 oleh itu.. meh kita review balik panduan nak guna tandas awam ni supaya tak menyusahkan orang lain... ngehhhhhehehehe

••Pastikan korang mempunyai duit syiling secukupnya kerana penjaga tandas belum tentu benarkan korang masuk walaupun korang dah terdesak sangat tapi tak cukup lima sen. Huhu!
••Sebaik²nya korang periksa dulu bekalan air ader atau takder sebelum membuang hajat agar tidak berlaku insiden yang berbau. Ehek!
•• Pastikan dulu tandas yang korang gunakan tu mempuyai penyelak atau dikunci dengan baik agar proses perkumuhan tidak terbantut akibat terperanjat. Hehe!
••  Jangan membazir air tak tentu pasal macam tandas tu bapak korang yang punya atau hanya nak sepadankan dengan bayaran masuk kerana korang sendiri tak suka bekalan terputus ketika sedang berada di dalamnya. Hiks!
••  Jangan lupa mengepam atau flush mangkuk tandas setelah selesai melepaskan hajat kerana korang sendiri tentu tak selesa menggunakan tandas yang tak dipam. Eheh!
•• Teliti betol² tandas yang korang masuk tu agar tidak dituduh cuba melakukan gangguan seksual akibat tersalah masuk tandas pompuan/lelaki. Huhu!
•• Simpan baik² barangan berharga seperti dompet atau enpon agar tak terjatuh ke dalam mangkuk tandas atau tertinggal kat dalam tandas kerana akibatkan….sendiri mau ingat ler.. Hehe!
•• Jangan menconteng dinding tandas lebih² lagi dengan gambar lucah kerana takder sapa yang akan menghargai bakat terpendam korang tuh.. Ahaks!
••  Jangan mengguakan tandas terlalu lama kerana mungkin ada seseorang di luar yang berada dalam keadaan darurat yang mau menggunakan tandas. Hehek!
•• Walaupun korang tak biasa selesaikan hajat korang secara duduk , tapi jangan pulak korang panjat dan duduk mencangkung di mangkuk tandas duduk tu pulak. Hakhak!
••  Jangan mengeluarkan suara meneran dengan kuat sekiranya korang mengalami sembelit agar suara korang tu tak mengganggu proses perkumuhan pengguna bersebelahan. Muahehe!


sama-samalah kita belajar disiplinkan diri ek..yang senang kita jugak..♥♥peace♥♥
♥CikPuteh@ReenDiane♥

Sunday, March 20, 2011

AKAD NIKAH DALAM MASJID AMALAN KRISTIAN ?


Cikput nak komen lebih2 pun cikput tak arif sangat pasal hukum-hukum ni.
tak berani nak komen panjang. Tapi masa cikput nikah dulu abah CikPut yang nak sangat buat kat umah.
tapi alasan yang abah bagi cukup meyakinkan, abah tak nak CikPut nikah kat masjid takut nanti kami tak menghormati kesucian Rumah Allah swt tu. 
Masa majlis nikah berlangsung ramai yang berbincang hal dunia, langgar tatasusila masjid, tak menjaga aurat, bila bawa anak-anak ada yang berlari-lari, membuat bising, tetamu dalam keadaan tidak suci dari najis dan sebagainya
Abah tak nak majlis yang sepatutnya barakah bercampur unsur-unsur menyumbang dosa. abah takut nanti tak tertanggung dek kami. So sebagai menghormati pandangan abah (memang ada betulnya) kami setuju adakan majlis kat umah & Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Tapi harini Cikput terkejut juga bila baca kosmo,  Anggota Fatwa Perlis bagi kenyataan bahawa menikah di masjid menyimpang daripada amalan Rasulullah & seakan meniru amalan kristian. 
hurmmm..... kalau yang lom baca lagi jom cikput share petikan berita tuh. fikir-fikirkan lah....

sumber: kosmo  Online
Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian

KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?
20/03/2011 7:25pm

KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Saturday, March 19, 2011

Gempa Bumi 5.2 Skala Richter Landa Nias,Indonesia



Subhanallah....
10.33 pagi tadi satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di 75km barat daya Nias, Sumatera Utara, Indonesia.menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu dapat dirasai di 532km barat daya Klang, Selangor.walaubagaimanapun gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami....
insafnya Cikput , dunia dah semakin uzur.. doa semoga kita masih jauh dari malapetaka yang dahsyat..Amin...


♥CikPuteh@ReenDiane♥

Thursday, March 17, 2011

Rosmah patut minta maaf pada kerajaan, rakyat Jepun


salam, semalam CikPut tgh belek2 isu Tsunami Jepun ni tiba-bila cikput dapat satu video nak share dengan kawan-kawan.
jom tgk & kita fikir sama-sama. (cikput tak campur tau hal2 politik ni, tapi kalau sesuatu yang tak betul cikput cakap x betul, mana yang betul, cikput cakap cakap betul, biar pun sapa pelakunya samada parti putih ke, merah ke, biru ke hijau ke.... he3)

Video ucapan Datin Seri Rosmah itu turut mendapat liputan portal berita antarabangsa [CNN]. Video tersebut juga mendapat hits yang tinggi sejak ia disiarkan di halaman Youtube. Dalam masa sehari sahaja ia telah mencapai lebih 50,000 tontonan (views). Syabas..mungkin ini satu inisiatif untuk promosi Malaysia kot.. he2 entahlah...sapa yang bercita-cita nak jadi isteri menteri bolehlah buat homework ek..

sidang akhbar Ahli Parlimen Ampang


Video Ucapan FLOM (first lady of malaysia)

kamu cerdik..kamu fikir-fikirkan lah..... '^peace^'

♥CikPuteh@ReenDiane♥

hati-hati barangan dari kulit babi



salam...
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana sebenarnya termasuklah di kompleks beli-belah.

Antara cara untuk kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli je. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 


2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan (padding) dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki. 









Haa anda bagaimana? Ada ke yang pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi? Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala. Saya harap kita semua akan lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan. 
'^peace^'

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Wednesday, March 16, 2011

Radiasi capai tahap berbahaya


Morning kawan-kawan..
sedih CikPut baca paper harini.
kesian kawan2 & saudara-saudara yang kat Jepun. kabarnya Kadar Radiasi kat sana dah capai tahap merbahaya..dah banyak negara2 panggil balik rakyat mereka yang sekarang berada kat Jepun.
Syukur sangat2 walaupun negara kita pernah dilanda Tsunami tahun 2004 dulu tapi kita tidak mengalami malapetaka yang lain. kita patut lebih bersyukur, Tuhan masih beri peluang kita untuk menginsafi keadaan.
Jom share laporan berita yang cikput baca..

sumber: MyMetro
TOKYO: Paras radiasi di loji nuklear Fukushima meningkat ke tahap bencana semalam, memaksa pekerja yang berusaha menangani kebocoran radiasi meninggalkan kawasan itu untuk menyelamatkan diri.

Pegawai yang cemas memindahkan 50 pekerja awal pagi semalam selepas penggera di loji itu mengesan tahap radiasi mencapai tahap berbahaya kepada kesihatan manusia.


Helikopter tentera kemudian dikerah cuba mengatasi kebocoran lebih buruk dan menyejukkan reaktor terbabit dengan mencurahkan air dari udara.

Kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku bencana yang amat dahsyat meningkat seiring dengan kenaikan tahap radiasi dan pakar memberi amaran, loji di Fukushima itu kini menjadi ancaman nuklear hampir sama seperti peristiwa Chernobyl.


Lebih 140,000 penduduk dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu diarah supaya tidak keluar rumah sementara 180,000 yang tinggal lebih hampir dengannya sudah dipindahkan.


Orang ramai yang ketakutan memenuhi jalan raya untuk menyelamatkan diri.
Kerajaan Perancis menggesa warganya yang menetap di Tokyo supaya meninggalkan Jepun atau berlepas ke selatan negara itu, Selasa lalu, kebakaran berlaku di kolam simpanan bahan tenaga reaktor yang sama, kawasan tempat bahan negara nuklear yang digunakan disejukkan, menyebabkan bahan radioaktif terbebas ke udara.


Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano berkata, petugas yang cuba menyejukkan reaktor di loji Fukushima Dai-ichi dengan air laut sebagai usaha terdesak untuk menstabilkan suhu tidak mempunyai jalan lain kecuali menyelamatkan diri dari kawasan paling berbahaya itu.
Kerajaan Perancis menggesa warganya yang menetap di Tokyo supaya meninggalkan Jepun atau berlepas ke selatan negara itu, Selasa lalu, kebakaran berlaku di kolam simpanan bahan tenaga reaktor yang sama, kawasan tempat bahan negara nuklear yang digunakan disejukkan, menyebabkan bahan radioaktif terbebas ke udara.


Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano berkata, petugas yang cuba menyejukkan reaktor di loji Fukushima Dai-ichi dengan air laut sebagai usaha terdesak untuk menstabilkan suhu tidak mempunyai jalan lain kecuali menyelamatkan diri dari kawasan paling berbahaya itu.

“Mereka tidak boleh melakukan tugas di loji itu, walaupun yang paling minimum,” kata Edano.


Beliau turut memberi amaran, usaha mengatasi kebocoran radiasi dari udara dengan menggunakan helikopter mungkin tidak akan berjaya.


“Usaha mengatasi masalah itu tidak semudah dengan hanya mencurahkan air. Kami berusaha untuk mengelak daripada menimbulkan lebih banyak masalah,” katanya. - DM

sumber: UtusanOnline
Kerajaan siap sedia - Anifah

KUALA LUMPUR 16 Mac - Kerajaan pada bila-bila masa sahaja akan menggerakkan misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Jepun ekoran krisis nuklear yang semakin meruncing di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu, kerajaan sudah bersedia untuk menggerakkan operasi menyelamat dalam skala besar seperti 'Ops Piramid' melibatkan penduduk Malaysia di Mesir sebelum ini.

Katanya, negara kini hanya menunggu laporan daripada pihak berkuasa Jepun berhubung status risiko keracunan radiasi akibat letupan loji nuklear Fukushima sebelum operasi menyelamat dilaksanakan.

"Buat masa ini belum ada keputusan lagi tetapi kita memang sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja. Jika keadaan memerlukan, kita akan bertindak serta-merta.

"Kita sedang menunggu laporan daripada pihak berkuasa Jepun sama ada keadaan terkini berbahaya atau tidak, tetapi keracunan radiasi ini memang kerajaan pandang serius.

"Buat masa ini pihak berkuasa Jepun hanya mengeluarkan arahan larangan keluar dari rumah bagi penduduk dalam radius 30 kilometer, tetapi tiada rakyat kita yang berada dalam lingkungan 50 kilometer (dari loji itu)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai status terkini pelan kecemasan kerajaan bagi membawa keluar rakyat Malaysia dari Jepun, di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan menyifatkan krisis nuklear di negara Matahari Terbit itu sebagai paling serius sejak malapetaka Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Ia berikutan paras radiasi didapati meningkat ke tahap membahayakan kesihatan setelah beberapa reaktor nuklear meletup dalam tempoh empat hari akibat gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter, Jumaat lalu.

Sehubungan itu, beliau menyeru penduduk yang tinggal sekitar 30 kilometer dari loji nuklear Fukushima yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo, supaya tidak keluar rumah dan menjimatkan elektrik.

Mengulas lanjut, Anifah berkata, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang sudah berada di Jepun bagi memantau keadaan bencana.

"Kita sentiasa memantau keadaan ini melalui MKN dan juga kerajaan Jepun bagi sebarang kemungkinan," ujarnya.

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Tuesday, March 15, 2011

Malaysia selamat dari radioaktif


Alhamdulillah
Malaysia masih selamat dari sebarang ancaman radioaktif walaupun banyak loji nuklear di Jepun rosak teruk dan beberapa buah darinya meletup serta melepaskan radiasi selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat Jumaat lalu. Risau gak kan. yelah sejak kejadian yang menimpa Jepun tu macam-macam message yang meminta supaya tidak keluar rumah bagi mengelakkan terhidu bahan radioaktif dan terkena hujan yang didakwa mengandungi toksik ekoran banyak loji nuklear di Jepun meletup selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat.
haishhhh....
tapi kawan2 jangan risau ek. sbb Saintis nuklear tempatan mengesahkan kesan radioaktif tak akan sampai ke Malaysia. Jom Share baca laporan berita ek.. Ayooh!!

KUALA LUMPUR: Saintis nuklear tempatan mengesahkan kesan radioaktif daripada loji nuklear Daiichi Fukushima yang didakwa mengalami kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu, tidak akan sampai ke Malaysia.

Ini berdasarkan faktor mekanik aliran udara dan jarak antara lokasi kejadian dengan negara ini yang jauh.
Saintis nuklear, Prof Datuk Dr Proom Promwitchit, berkata kesan radioaktif itu tidak akan sampai ke Malaysia kerana suhu ketika kejadian tidak terlalu tinggi, menyebabkan kepulan asap radioaktif itu tidak naik terlalu tinggi ke ruang atmosfera, sekali gus mengurangkan radius kawasan impak.
Pakar dalam bidang keselamatan nuklear dari Kolej Universiti Masterskill itu berkata, keadaan cuaca sejuk di Jepun pada ketika ini juga membendung kepulan radioaktif daripada merebak lebih jauh.

“Mengikut hukum fizik mekanisme pengaliran udara, udara sejuk akan menggantikan udara panas yang akan naik ke atas. Suhu yang tidak terlalu tinggi juga mengurangkan radius kawasan impak kepulan asap radioaktif. Tiada kemungkinan ia sampai ke sini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Jepun kini berhadapan krisis nuklear apabila reaktor 1 loji nuklear Daiichi Fukushima, yang terletak kira-kira 250 kilometer (km) di utara Tokyo, meletup sebelum reaktor 3 loji nuklear yang sama mengalami kegagalan pada sistem penyejukannya sehari kemudian, susulan gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda Jepun.

Keadaan itu menyebabkan operator loji nuklear, Tokyo Electric Powers Co’s (TEPCO), terpaksa menggunakan air laut menyejukkan reaktor kerana kegagalan berbuat demikian, menyebabkan kemungkinan teras nuklear itu melebur atau meletup yang boleh menyebabkan pencemaran debu radioaktif merebak ke negara lain seperti berlaku di Chernobyl, Ukraine.
Proom berkata, berdasarkan analisis awal, suhu di loji nuklear Daiichi Fukushima, ketika kejadian, adalah lebih rendah berbanding insiden letupan loji nuklear di Chernobyl.

Katanya, seperti loji nuklear yang mengalami evolusi dari segi tahap keselamatan, loji nuklear Daiichi Fukushima itu juga akan ditutup secara automatik apabila berlaku aktiviti seismik (gempa bumi) untuk meminimumkan kebocoran radioaktif dari teras bahan api nuklear.

“Saya pasti Kerajaan Jepun akan berusaha mengawal situasi yang menarik perhatian dunia, termasuk Malaysia,” katanya.



sumber : UtusanOnline
Malaysia selamat dari radioaktif – Muhyiddin

PUTRAJAYA 15 Mac – Malaysia masih selamat dari sebarang ancaman radioaktif walaupun banyak loji nuklear di Jepun rosak teruk dan beberapa buah darinya meletup serta melepaskan radiasi selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat Jumaat lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hingga kini agensi kerajaan yang memantau secara rapi apa yang berlaku di Jepun dan juga sekitar negara ini, tidak mengeluarkan sebarang amaran tentang risiko tersebut.

‘‘Saya tidak fikir kita perlu bimbang dan kalau ada apa-apa akan berlaku dalam negara, kita akan maklumkan kepada rakyat dengan segera.

‘‘Kita pantau sepanjang masa dan kalau ada apa-apa pun, ia akan dikeluarkan oleh badan yang ditauliahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menutup program Keluarga Angkat 1Malaysia peringkat Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Semalam, orang ramai dikatakan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta mereka supaya tidak keluar rumah bagi mengelakkan terhidu bahan radioaktif dan terkena hujan yang didakwa mengandungi toksik ekoran banyak loji nuklear di Jepun meletup selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat.

Gempa berukuran 8.9 pada skala Richter itu merupakan yang terkuat melanda negara matahari terbit itu dalam tempoh 140 tahun sehingga mencetuskan tsunami setinggi 10 meter.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyifatkan SMS itu mungkin dikeluarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan kebimbangan luar biasa di kalangan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah menerima apa sahaja yang dikaitkan dengan bencana alam di Jepun itu tanpa merujuk kepada pihak berkuasa.

‘‘Orang ramai harus faham perkara itu berlaku di sana (Jepun) tetapi Alhamdulillah setakat hari ini di Malaysia kita tidak berdepan dengan masalah seperti di Jepun,” katanya.

Menjawab pertanyaan, Muhyiddin berkata, kerajaan akan mengutamakan keselamatan negara dan rakyat dalam melaksanakan pembinaan loji tenaga nuklear di negara ini.

Beliau berkata, agensi kerajaan yang bertanggungjawab akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan loji berkenaan.

“Banyak perkara yang boleh kita belajar (daripada gempa bumi di Jepun) tetapi yang penting soal keselamatan rakyat dan negara perlu diambil kira.

“Dalam soal ini, kita ada agensi yang bertanggungjawab dan mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik,” katanya.

Pada Disember lalu, Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mengumumkan Malaysia akan membina dua loji tenaga nuklear yang mampu menjana 1,000 megawat elektrik setiap satu.

Loji pertama dijadual beroperasi pada 2021 manakala yang kedua setahun kemudian.

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Monday, March 14, 2011

Untungnye Jadi Chong Wei.....


Untung jadi hebat cam Chong wei kan??
urmm...bukan stakat rakyat malaysia sayang.. Rosma Pun sayang. sampai sebelum nak g lawan mestid ia call Rosma.. urmmm....
APA? ingat Cikput Propa buat Dosa Kering ke? CikPut baca kat Metro lah.. 
kalau tak caya korang bacalah sendiri

petikan dari myMetro
PUTRAJAYA: Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All-England, awal pagi Isnin lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah kepada Lee, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini, hari ini.


Sementara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya berupa sebuah jam tangan atas kejayaan Lee itu.

Lee pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham Indoor Arena, England.


Berucap pada majlis itu, Najib berkata beliau begitu yakin Lee akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan Lee lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lepas.


Beliau berkata, hadiah kerajaan Malaysia itu adalah hasil berbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan "kita telah bersetuju untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas kejayaan Datuk Lee Chong Wei."

so, mulai sekarang rerajin lah pukul bola tangkis ek.. kot2 leh ganti Chong Wei.... ngggeee~~~
'^peace^'

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Gangguan Internet Sementara Akibat Tsunami Di Jepun

Sejak Tsunami melanda Tokyo 11 March 2011, korang ada rasa tak gangguan talian internet yang agak lembab dan menjengkelkan. jangan marah2 ek.. Telekom Malaysia (TM) dah umumkan yang mana 

mungkin menghadapi sedikit masalah pelayaran ekoran daripada beberapa kabel yang menghadapi masalah akibat tsunami yang melanda Jepun 11/3/2011.
sumber: TM Malaysia


Antara kabel yang menghadapi masalah adalah termasuk Japan-US Cable Network (JUCN) dan juga Asia Pasific Cable Network 2 (APCN2) yang mana menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan juga Hong Kong.
Akibatnya, para pengguna yang melayari laman-laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara mungkin menghadapi sedikit masalah, termasuk masa pelayaran yang lambat, dan kesusahan untuk mengaksesnya.
Walaubagaimanapun, langkah-langkah awal telah diambil untuk mengelakkan masalah tersebut, dan makluman terkini berkenaan proses pembaik-pulihan akan diumumkan TM dari semasa ke semasa.

'^peace^'

♥CikPuteh@ReenDiane♥

Friday, March 11, 2011

Tsunami 2011

Subhanallah... tersentap hati petang jumaat 
bila dapat perkhabaran tentang Tsunami di Jepun

harini bila bukak GOOGLE ada Tsunami Alert

Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.



Maybe ramai gam yg macam aku
terlepas pasal berita tu
Thanks kat my bestfriend SANDRA yang bgtau...insaf sekejab
2011/03/11


TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.


Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.


Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.


Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.


Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters
credit :- berita harian online


video tsunami tokyo 11.3.11





Subhanallah.... Ya Allah 
Selamatkanlah kami dari mala petakamu , 
Peliharalah kami dari musibah
Semoga Kami terus berada dalam limpah rahmatmu..amin Ya Rabbal Alamin..


♥CikPuteh@ReenDiane♥