tak berani nak komen panjang. Tapi masa cikput nikah dulu abah CikPut yang nak sangat buat kat umah.
tapi alasan yang abah bagi cukup meyakinkan, abah tak nak CikPut nikah kat masjid takut nanti kami tak menghormati kesucian Rumah Allah swt tu.
Masa majlis nikah berlangsung ramai yang berbincang hal dunia, langgar tatasusila masjid, tak menjaga aurat, bila bawa anak-anak ada yang berlari-lari, membuat bising, tetamu dalam keadaan tidak suci dari najis dan sebagainya
Abah tak nak majlis yang sepatutnya barakah bercampur unsur-unsur menyumbang dosa. abah takut nanti tak tertanggung dek kami. So sebagai menghormati pandangan abah (memang ada betulnya) kami setuju adakan majlis kat umah & Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Tapi harini Cikput terkejut juga bila baca kosmo, Anggota Fatwa Perlis bagi kenyataan bahawa menikah di masjid menyimpang daripada amalan Rasulullah & seakan meniru amalan kristian.
hurmmm..... kalau yang lom baca lagi jom cikput share petikan berita tuh. fikir-fikirkan lah....
sumber: kosmo Online
sumber: kosmo Online
Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian
KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

sumber: utusan Online
Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?
20/03/2011 7:25pm
KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama

Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
ReplyDeletebetul tuh...Alhamdulillah aku ikut cakap abah..memang ada betulnya..
ReplyDelete