Monday, March 21, 2011

harga sebuah kemaafan

salam..
Maaf angin cikput tak bape baik harini. macam-macam yang cikput rasa, sentap, sedih, bengang, marah & akhirnya cikput menyesal.. Betul kata Hubby Cikput, kalau marah jangan bercakap & DIAM sampai perasaan tu cool. bimbang nanti kata-kata yang keluar berbaur amarah dan megeruhkan keadaan yang sedia keruh.
Tapi Cikput mengaku , Cikput selalu lupa. 


Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:
Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

ada seorang teman pernah ingatkan cikput : "Maafkan semua orang sebelum tidur, nanti bangun dengan hati yang senang"..mungkin bercakap itu mudah, melaksanakan itu satu yang sukar bagi kita, mungkin hati kita belum cukup bersih..(itu kata abah),  
Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Ya Allah , semoga CikPut dapat memaafkan semua teman-teman CikPut..  
Nanti kalau umur CikPut tak panjang satu je cikput nak semua orang tahu, CikPut tak pernah simpan salah orang dalam hati. Semua CikPut dah maafkan sebab CikPut sayang semua orang.
(thanks untuk my dear friend Jaja yang buka mata cikput tentang hakikat kemaafan)
 
♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..