Tuesday, March 22, 2011

Age is just a number..



Age is just a number. Memang, umur hanyalah mainan angka. Jadi, apakah salahnya jika pasangan berbeza umur?
Sekilas pandang seperti anak dan ibu, ataupun anak dan ayah. Buruk rupanya, gadis muda berpegangan tangan dengan jejaka yang jauh lebih berusia, ataupun wanita berusia berpelukkan bersama jejaka yang jauh lebih muda.Agak kejam, bila ada yang melabelkan wanita muda yang mencintai lelaki seusia bapanya hanyalah memandang poket dan harta lelaki itu dan lelaki tua yang berkepit dengan gadis yang boleh dipanggil anak hanya bertuankan nafsu semata-mata kerana isteri dirumah sudah monopaus, Manakala Lelaki yang menikahi wanita yang layak dipanggil kakak semata-mata ingin menumpang ekonomi wanita yang lebih kukuh. Pada pendapat cikput persepsi itu sangat tidak adil.. Seolah-olah setelah umur meningkat, seseorang itu tidak layak dicintai..siapa yang mampu melawan takdir. Siapa kita untuk menolak jodoh. Biar apa pandangan orang yang penting mereka bahagia


Antara Sebab kenapa lelaki tertarik dengan wanita berusia ialah :-

Matang
Berdikari
Penyabar
Pandai Mengurus RumahTangga
Penyayang


dan antara faktor kenapa Wanita sekarang pilih Lelaki Berusia;-

Lebih Matang
Ekonomi Lebih Stabil
Berpengalaman
Kurang Baran
Penyayang








Antara pasangan selebriti terkenal yang jauh berbeza umur seperti Demi Moore & Ashton Kutcher, Michel Douglas & Catherine Zeta Jones, Zizie Ezette & Bung Mokhtar, Maizawati & Yassin









Apa-apa pun bagi CikPut, kalau dah suka, apalah sangat had umur berbeza? tiada salahnya hubungan pasangan berbeza umur. Masyarakat patut bukak minda pada hubungan yang berbeza umur macam ni. Kebahagian datang pelbagai cara, tak semestinya kawin sama usia jaminan bahagia...yang penting macam mana kita tolerate with the situation.

♥♥peace♥♥
♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..