Monday, March 14, 2011

Untungnye Jadi Chong Wei.....


Untung jadi hebat cam Chong wei kan??
urmm...bukan stakat rakyat malaysia sayang.. Rosma Pun sayang. sampai sebelum nak g lawan mestid ia call Rosma.. urmmm....
APA? ingat Cikput Propa buat Dosa Kering ke? CikPut baca kat Metro lah.. 
kalau tak caya korang bacalah sendiri

petikan dari myMetro
PUTRAJAYA: Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All-England, awal pagi Isnin lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah kepada Lee, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini, hari ini.


Sementara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya berupa sebuah jam tangan atas kejayaan Lee itu.

Lee pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham Indoor Arena, England.


Berucap pada majlis itu, Najib berkata beliau begitu yakin Lee akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan Lee lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lepas.


Beliau berkata, hadiah kerajaan Malaysia itu adalah hasil berbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan "kita telah bersetuju untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas kejayaan Datuk Lee Chong Wei."

so, mulai sekarang rerajin lah pukul bola tangkis ek.. kot2 leh ganti Chong Wei.... ngggeee~~~
'^peace^'

♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..