Tuesday, March 15, 2011

Menjelang 30Tahun..

As Salam..
Cam tak percaya tak sampai 2 minggu lagi genaplah cikput
30 Tahun
ada yang panggil 30sen tak kurang gak yang pujuk dengan panggil... 3 series (BMW tuh.. hahahaha)
apa2 pun yang pasti dah 30 dekad jadi peghuni bumi, jadi Umat Muhammad saw, jadi puteri pada mak abah aku. terfikir gak apa sumbangan terbesar yang dh aku contribute... erkhhh....

tapi satu article yangg aku jumpa agak menggembirakan aku...
jom share




LONDON: Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.


Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.



Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.

70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi


pasni tak payahlah malu kalau org tanya umur..
he3
kat bawah ni CikPut sharekan beberapa wanita yang tetap anggun walau dah 30++ 
(malah lebih jelita berbanding masa remajanya.. hahahha) 









♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..