Monday, March 14, 2011

Gangguan Internet Sementara Akibat Tsunami Di Jepun

Sejak Tsunami melanda Tokyo 11 March 2011, korang ada rasa tak gangguan talian internet yang agak lembab dan menjengkelkan. jangan marah2 ek.. Telekom Malaysia (TM) dah umumkan yang mana 

mungkin menghadapi sedikit masalah pelayaran ekoran daripada beberapa kabel yang menghadapi masalah akibat tsunami yang melanda Jepun 11/3/2011.
sumber: TM Malaysia


Antara kabel yang menghadapi masalah adalah termasuk Japan-US Cable Network (JUCN) dan juga Asia Pasific Cable Network 2 (APCN2) yang mana menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan juga Hong Kong.
Akibatnya, para pengguna yang melayari laman-laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara mungkin menghadapi sedikit masalah, termasuk masa pelayaran yang lambat, dan kesusahan untuk mengaksesnya.
Walaubagaimanapun, langkah-langkah awal telah diambil untuk mengelakkan masalah tersebut, dan makluman terkini berkenaan proses pembaik-pulihan akan diumumkan TM dari semasa ke semasa.

'^peace^'

♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..