Wednesday, April 6, 2011

TRIFFLE COCKTAIL


penah tak korang makan triffle? urmm.. harini aku nak share resipi paling mudah, sedap dan menggoda...
encik Hubby pun suka.


::Bahan-bahan::
Kek gulung vanilla (kat kedai kek KING’S tu sedap)
Tepung kastard (Bird’s Custard)
1 tin susu cair Ideal
Crystal Jelly (perasa ikut citarasa masing-masing)
Cocktail campuran ( incik Habi aku suka letak nata de coco..sejuk dan sedap...)
Gula
whipping cream
Air

::Cara-cara nak buat::
Potong kek gulung kepada 12 bahagian.
Susun kek gulung ke dalam bekas yang lutsinar (supaya nampak cantik bila dah siap nanti).
Masukkan 1 tin susu cair Ideal ke dalam periuk.
Masukkan 1 setengah tin air ke dalam periuk yang sama. Guna tin susu tadi untuk sukatan.
Masukkan 7 sudu besar tepung kastard ke dalam campuran susu dan air tadi. Jangan membukit. Biarkan rata je dengan sudu. Kang terlebih, keras pulak jadinya.
Masukkan 5 sudu besar gula. Serupa jugak. Sukatan gula tu jangan membukit. Rata je dengan sudu. Kalau manis sangat tak sedap. Sebab kek gulung tu dah manis.
Kacau campuran tadi sampai larut.
Letakkan campuran tadi atas api yang kuat. Kacau selama 10 minit
☼  Kecilkan api dan kacau lagi selama 45 minit. Diulangi, 45 minit. Pendek kata, siap bawak kerusi duduk tepi dapur sambil dengar walkman
Matikan api dan tuang atas kek yang dah disusun tadi. Biar kek tenggelam.
Biarkan sejuk selama 10 minit.
Taburkan cocktail buah-buahan atas trifle yang separuh siap tadi.
Larutkan jelly ke dalam 400ml air panas. Tak payah masak atas dapur.
Tuangkan atas campuran kek, kastard dan cocktail tadi.
Tuang whipping cream dan susunlah buah pilihan anda.masukkan dalam peti ais.sedap bila dimakan sejuk:-)


 NYUMMMMMM........SUKA SANGAT-SANGAT....SELAMAT MENCUBA.... ♥♥






♥CikPuteh@ReenDiane♥

2 comments:

  1. pun best jugak..boleh terai...

    ReplyDelete
  2. mel, terai lah nanti dah jadi post kat blog mlor ek..akk nk tgk hasil...heheheh

    ReplyDelete

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..