Tuesday, March 22, 2011

Kasta dalam pejabat...perlukah??


Kasta. Aku ingatkan sudah tidak wujud lagi pengenalan identiti melalui kasta di zaman yang serba canggih sekarang. Rupa-rupanya aku silap..ada lagi rupanya.masih terdapat mereka yang masih berfikiran kuno yang masih mengamalkan prinsip ini di dalam kehidupan masing-masing.
Zaman sekarang sepatutnya kes kasta-kasta atau perbezaan taraf/darjat tak patut wujud tapi kalau dilihat dalam skala yang lebih kecil yakni di tempat kerja, ada juga manusia yang menganggap dirinya terlampau “tinggi” dan orang di sekelilingnya hanyalah sekumpulan manusia yang jauh lebih “rendah”. macam tak bertamadun manusia yang sebegitu kan. Aku tak bercerita tentang sesiapa , aku bercerita secara umum. Pada pendapat aku, manusia sebegini terlalu ego. Tidak mahu mendengar pendapat orang lain dan merasakan bahawa dirinya tidak sepatutnya ditegur terutamanya jika orang bawahan yang menegurnya. Apa alasannya? “Sebab diriku ada segulung ijazah dan pangkatku lebih besar daripada kau!”. Oh, betapa alpanya manusia sebegini dengan anugerah yang diberi kepadanya. Mungkin manusia ini lupa yang jika Dia hendak menarik balik apa yang sudah dikurniaNya, sekelip mata sahaja segala-galanya akan berubah.
Kan lebih manis jika kami menghormati anda kerana anda seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dengan kerja kamu dan kamu mampu menjadi contoh. apa guna Ijazah yang kamu genggam tapi kerja kamu tak ubah seperti kami yang tidak memiliki ijazah seperti kamu. Usah terlalu bangga dengan apa yang kamu ada. Ia tak bawa kemana-mana.
Memang fitrah manusia, jika dapat bahagian yang lebih sedikit, maka berlakulah perubahan pada dirinya sedikit demi sedikit. Sakit mata dan sakit telinga menjadi saksi kepada kewujudan manusia serupa ini. (saya tak bercakap tentang siapa-siapa, saya bercakap sebagai ingatan untuk semua teman-teman termasuk diri saya sendiri)
Lumrah manusia bila diatas lupa rumput dibumi. tapi sebagi rumput aku tidak melihat perlu untuk asyik menuding salah yang atas kerana belum tentu kita menjadi sebaik sekarang bila kita diatas, silap-silap kita menjadi seperti kaduk naik junjung. lebih teruk dari yang sedia ada.
Apa pun situasinya, aku sering ingatkan diri jangan pernah lupa 'tanah' mana kaki berpijak.. Insya-Allah. Belajar dari apa yang berlaku agak aku bukan dari golongan mereka. Biar ikut resmi padi makin berisi makin tunduk. Tuhan Tolong Ingankan Aku.. amin.... ♥♥peace♥♥
♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..