Thursday, March 17, 2011

Cantik & bahagia


Salam...
Hari ni CikPut dapat call dari seorang teman lama, sebab dah lama tak jumpa so banyaklah yang dibualkan. sampai panaslah telinga CikPut, tapi happy, dah lama CikPut tak bergayut lama-lama cam ni. Gelak-gelak, gossip-gossip, akhirnya dia bercerita tentang hidupnya. bukanlah 'cerita' dia yang cikput nak sharekan, tak baik bukak pekung orang kan..tapi isu yang dibualkan amat menarik cikput untuk menulis kat blog nih.
PERLUKAH MENJADI CANTIK UNTUK MERASA BAHAGIA @ KITA AKAN MENJADI CANTIK BILA KITA BAHAGIA?????
cam soklan SPM jek. tu pun soklan SPM memang dah siap jawapan, tapi soklan ni macam tergantung... apa yang cikput nak taip ni , ikut pendapat peribadi cikputlah, masing2 ada pendapat masing2 kan. mana-mana pendapat pun tak salah.
Pernah tak korang belek-belek majalah pastu terlintas kat minda korang

" kenapalah aku tak secantik dia ni" atau "Bertuahnya jadi dia ni...cantik.."

tapi korang pasti ke diorang bahagia?
saya memiliki beberapa teman yang sanggup menghabiskan duit semata-mata ingin cantik. saya agak ragu dengan pengertian cantik. ada teman kata cantik tu universal, cantik tu subjektif.. yang tu CikPut setuju sangat-sangat. bila cikput tanya untuk apa nak cantik? sekarang tak cantik ke?~jawapan yang cikput terima buat cikput tersenyum sepanjang hari:-

"sekarang cantik juga, tapi nak lebih cantik, baru Mr.Love tak lari"

Tak Bersyukur rupanya.... urmm..Cikput tak kata apa yang dijawab tu salah. terpulang lah. Cikput pernah terfikir camtu. memuji kecantikan si polan, dan si polan. Cikput dikelilingi dengan wanita-wanita cantik dan hebat-hebat. ada kala memang cemburu tapi cikput bahagia menjadi diri cikput sendiri. itu lebih baik dan nampak selesa.Teman-teman Cikput cantik-cantik, sampaikan bila sama-sama ke salun untuk potong rambut cikput rasakan tukang gunting tu saje je sabotaj cikput, dia potong rambut cikput tak kena dengan muka cikput, kenapa dia potong rambut kawan cikput ok jek, nampak sesuai sangat dengan muka dia. padahal kami ambil style rambut yang sama, akhirnya cikput sedar.. lain orang lain lah keistimewaannya. he3..akhirnya cikput tersenyum sendiri,.
sama juga situasi bila masuk ke butik baju, kami mengambik baju yang saya bila keluar dari fitting room teman memuji "Gosh..ko cantik beb pakai baju ni.. aku tak cantik, cam tak kena dengan aku. untung ko ada *** besar. nampak gorgeous.." cikput tersenyum sendiri sambil mengangkat kening, sambil betulkan rambut yang disabotaj oleh penggunting rambut tadi.. hahah (fitnah!) he3. lumrah lelaki sukakan perempuan yang cantik. mesti begitu, mesti begini. banyak sungguh kritiria yang nak kene penuhi semata-mata untuk dapatkan hati sang lelaki. tapi mereka setampan Yusuf as ke untuk mendapat wanita setulus Zulaikha, dia sehebat Sulaiman as ke untuk mendapat wanita secantik Balqis? bagaimana nanti kalau kecantikan itu pudar? turut pudar kah cinta sang arjuna, bagaimana nanti kalau wanita menjadi tua, turut pudarkan kasih mereka. ....hurmm entahlah... kan lebih bahagia kalau cukup sekadar sedap mata memandang, apa guna beristeri cantik kalau di rumah takut untuk memegang kuali takut nanti kuku patah, takut mahu menyental periuk takut nanti kasar tapak tangannya, bahagia kah perut sang suami? kalau itu lah yang dikatakan bahagia.. maka saya mendapat jawapanlah kenapa wanita obses untuk cantik. kerana lelaki sudah mengetepikan keperluan sang suami hanya untuk bermegah dengan memiliki wanita cantik walaupun........................teeet.
kesimpulan setiap orang ada kelebihan masing-masing, ada cantik masing-masing dan semua orang layak merasa bahagia, jangan lah merungut. berapa ramai orang yang cantik tapi ditinggal suami, berapa ramai orang cantik yang masih tidak mempunyai pekerjaan, berapa ramai orang yang cantik dibenci orang..bersyukurlah sekurang-kurangnya kita yang sederhana ni masih mempunyai hidung mata pipi yang sempurna, masih mempunyai keluarga, masih mempunyai pekerjaan, dan yang pasti kita masih ada peluang untuk merasa bahagia dengan cara kita sendiri, yang penting jangan mengharap terlalu tinggi kerana untuk merasa bahagia kita perlu untuk mencarinya. maka kita akan lebih menghargainya...adios...
♥CikPuteh@ReenDiane♥

2 comments:

  1. betul2!!..saya tetap rasa bahagia walaupun sy x secantik Miss World..hihi

    ReplyDelete
  2. sapa kata melati tak cantik????
    ish..ish... he3, u cute sis..

    ReplyDelete

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..