Friday, March 18, 2011

Sakit kepala


salam... Orang perempuan memang tak dapat lari dari masalah sakit kepala. kadang-kadang cemburu dengan lelaki yang tak pernah atau jarang diserang sakit kepala. Ingat jangan ambil mudah hal sakit kepala. jom kita share jenis & langkah yang perlu diambil bila sakit kepala menyerang.
Jenis-jenis Sakit Kepala dan Ciri-cirinya 


Sakit kepala disebabkan ketegangan.


Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.
•  Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat diantara serangan. Walaubagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah.
•  Menyerang pada bila-bila masa.
•  Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam


Sakit Kepala Migrain


•  Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
•  Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
•  Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahanlahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
•  Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau
dua hari.
•  Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntahmuntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala
jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.
•  Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migraine


Sakit Kepala Bertumpu


Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalngan  lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
•  Sakitnya hanya mepiluti  sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
•  Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
•  Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
•  Sakir yang menyebabkan seseorang terbangun dariapda tidir dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
•  Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.




Keradangan Sinus


•  Sakit yang biasanya bermulal semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pangliran lender berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks)
•  Sakit yang tertumpu padasatu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
•  Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.
•  Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
•  Sakit yang menjadi lebihteruk dengan pengambilan aokohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas.
•  Mempunyai sejarah 'demam hay' (rhinitis alergik) dan alahan.


Arteritis Temporal


•  Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun
•  Sakit yang berkaitan dengan abhagaian kepala dan pelipis yang sensitive (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang.
•  Penglihatan terganggu
•  Sakit-sakit pada seluruh badan.
•  Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejapsekejap.
•  Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang
•  Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasa perubatan - pesakit perlu dirawat dihospital dengan segera.


Faktor-faktor Lain yang Menyebabkan Sakit Kepala


⇒ Demam selesema yang biasa, influenza.
⇒ Demam yang disebabkan virus
⇒ Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur
⇒ Makanan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, the, daging yang telah diawet dan monosodium glutamate
⇒ Kecederaan pada kepala / posttraumatic
⇒ Berlaku jangkitan di kepala atau leher
⇒ Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran
⇒ Keracunan
⇒ Kesan-kesan sampinagn daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar)
⇒ Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid (PMS)
⇒ Tekanan
⇒ Gigi bernanah
⇒ Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau ubatubatan lain
⇒ Kesan akibat berhenti daripada mengambil dadah jalanan.
⇒ Pengambilan alkohol yang melampau


Penjagaan Sendiri untuk Mengawal Sakit Kepala




•  Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan  cuba elakkannya.
•  Elakkan daripada mengambil makanan dan minuma  yang boleh menyebabkan sakit kepala
•  Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot  yang tegang.
•  Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit
kepala anda
•  Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas panjang-panjang dengan perlahan-lahan
•  Mandi
•  Tutup mata anda dengan kain basah




Ingat...Hubungi Doktor Jika...



•  Sakit kepala yang teruk atau kuat menyerang tiba-tiba.
•  Sakit kepala yang semakin lama semakin teruk atau dikaitkan dengan masakah penglihatan, percakapan yang tidak jelas, masalah menggerakan tangan dan kaki, atau masalah-maslaha
yang seumpamanya.
•  Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala
•  Sakit kepala yang paling teruk pernah anda alami dan menyerang tiba-tiba
•  Sakit kepala yang berlarutan beberap hari
•  Sakit kepala yang teruk pada waktu pagi dan tiada gejalagejala lain yang timbul
•  Sakit kepala yang sering berlaku dan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau sinusitis yang kronik.
•  Terdapat perubahan ciri-ciri sakit kepala yang luar biasa
•  Anda mungkin merasa anda mengidap arteritis tempora




~TAHUKAH ANDA~ 
 
DENGAN BERKUMUR DENGAN AIR BAWANG PUTIH. ANDA AKAN DAPAT SELESAIKAN MASALAH MULUT, GIGI DAN GUSI ANDA DALAM MASA YANG SINGKAT.  
-DENGAN MENYAPU AIR BAWANG PUTIH PADA BISUL DAN JERAWAT AKAN MENGUBATI PENYAKIT ITU DI LUAR JANGKAAN ANDA. 
-DENGAN SOLAT 41 RAKAAT SETIAP HARI AKAN MENJAMIN KESIHATAN ZAHIR DAN BATIN SECARA MAKSIMA.
 
-DENGAN MEMAKAN DUA ULAS BAWANG PUTIH MENTAH SETIAP HARI AKAN MENJAMIN KESIHATAN ANDA PADA HARI ITU. 
-DENGAN MENCUCI MATA DENGAN AIR BAWANG PUTIH AKAN MENGUBATI PENYAKIT MATA.



~p/s: Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati~~~hargai nikmat sebelum kehilangan~ Cikput sayang korang semua. ♥♥


♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..