Friday, March 18, 2011

Elakkan Semua ini Ketika Hamil (part 2)


ok harini cikput nak sambung pantang larang yang cikput dah post haritu...jom kita share apa yang harus anda hindari  :
• Makanan mentah atau setengah masak.
Makanan ini besar kemungkinan terdapat bakteri atau kuman penyakit. Adapun bakteri tersebut iaitu bakteri Listeria (mengakibatkan keguguran atau janin meninggal dalam kandungan), bakteri Salmonella (menyebabkan  keguguran), parasit Toksoplasma (janin abnormal), serta bakteri E. coli (merosak usus dan ginjal).
• Seafood
Bukan bererti ibu hamil tidak boleh mengambil makanan dari laut. boleh...kerana makanan dari laut banyak mengandungi omega 3 yang sangat membantu bagi kecerdasan anak. Seafood disini merupakan seafood yang mengandung merkuri
• Kafein dan teh hijau
Kafein bisa ’menembusi’ plasenta, sehingga akan memengaruhi degup jantung serta sistem pernafasan janin. Bahkan, beberapa kajian mendapati, minum kopi secara berlebihan mengakibatkan berat badan bayi menjadi rendah dan meningkatkan risiko mengalami keguguran dan janin meninggal ketika lahir.
Teh hijau baik untuk tubuh badan, namun bagi ibu mengandung, pengambilan teh hijau perlu dikurangkan kerana  terkandung kafien yang tinggi.
• Keju dan susu mentah
keju seperti keju Brie, Camembert, Feta, Blue Cheese, dan Roquefort (kecuali pada label tertera dibuat dari susu yang telah dipasteurisasi). Dipasteurisasi bermaksud dipanaskan sampai suhu 60°C selama 30 menit untuk membunuh bakteri dengan kadar tinggi.


apa-apa pun sila dapatkan nasihat doktor untuk keterangan yang lebih lanjut..... =)
MENGAPA TAK BOLEH MINUM AIR KACANG SOYA?


Terdapat kajian di Britain, mendapati, sekiranya wanita ingin mengandung, elakkan pengambilan soya sewaktu hari-hari ingin bersama. Terdapat bahan dalam soya (genistein) mengganggu sperma daripada berenang menuju ke telur wanita.

cukup setakat ni.. nanti cikput sambung lagi...take care ek....byeee ~~~~



♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..