Wednesday, March 23, 2011

Kemurungan


selalu kita dengar tentang kemurungan. ada yang mengkelaskan sebagi sakit mental kerana melibatkan emosi (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun dan tidajk menentu.biasanya mereka yang berada dalam situasi murung atau depressed secara tidak langsung menjejaskan kehidupan sehariannya termasuk perasaan, tingkahlaku dan pemikiran. Jika dibiarkan tanpa ditangani akan membawa  kecenderungan kepada tindakan luar kawalan seperti membunuh diri
faktor-faktor kemurungan:-
  • sejarah keluarga
  • trauma & tekanan masalah seperti kewangan, perpisahan, kematian dll
  • Bersikap pesimis (pandangan sentiasa negatif tentang diri sendiri, ia juga dikenali sebagai dysthymia)
  • penyakit kronik yang dihadapi
  • masalah psikologial

gejala -gejala emosi:-
  • rasa sedih, kosong dan tiada harapan
  • kehilangan minat dlm perkara yang sebelum ini digemari
  • kegelisahan & sukar menenangkan diri
  • kesukaran untuk membuat keputusan
  • rasa bersalah atau tidak berguna
  • berfikiran untuk menamatkan dengan membunuh diri dapat menyelesaikan masalah
gejala-gejala fizikal
  • sakit kepala
  • sakit belakang
  • sakit otot dan sendi
  • sakit dada
  • masalah penghadaman
  • rasa letih dan lesu
  • masalah sukar tidur
  • hilang selera makan
kita dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia. tentu kita tidak mahu kehilangan seseorang yang rapat dengan kita dalam keadaan yang menyedihkan. cuba berkongsi masalah jika ada teman-teman yang mengalami gejala-gejala seperti diatas. mungkin masih sempat diselamatkan...
♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..