Wednesday, March 16, 2011

Elakkan Semua ini Ketika Hamil

Semalam ada sorang bakal suami tanya apa yang boleh & tak boleh dimakan time pregnant. maklumlah 1st time nak dapat baby mestilah excited, mestilah nak yang terbaik untuk baby & mama baby kan?kan?? ..so walaupun CikPut berstatus senarai menunggu dalam menjadi Ibu ni tapi CikPut nak share tips yang CikPut dapat dari pembacaan CikPut.. he3~~~~Jom terjah bersama – sama yer.

Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi. Jangan cuba mendekati yer. No!!No!Say No!ahaha.

Alkohol – meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

Vitamin A – Sekiranya pengambilan yang diambil melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

Ubat penahan sakit – boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

Rokok – Menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan. Para bapa, jangan lupa berpuasa yer. heh!

Hentikan kegiatan lasak – seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

Minuman tertentu - Kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan

Makanan – makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan. Anda bijak? Anda tahu apa yang terbaik ..


♥CikPuteh@ReenDiane♥

No comments:

Post a Comment

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..