Friday, March 11, 2011

Mitos-mitos time Hamil...




Garam menyebabkan kaki bengkak

ia sebenarnya tidak benar...
pada kehamilan biasa ianya tiada kaitan dengan pengambilan garam...
kenyataannya kaki yang bengkak adalah disebabkan oleh aliran darah tidak lancar...
tetapi jika anda adalah ibu mengandung yang menghidap penyakit darah tinggi,
pengambilan garam haruslah dikurangkan kerana ia akan menambahkan tekanan darah...




Banyak minum ais membuatkan bayi jadi besar dan sukar untuk melahirkan...

ia sebenarnya tidak mempunyai kaitan langsung...
kerana bayi yang besar selalunya berlaku kepada ibu yang menghidap kencing manis(diabetis)
ketika hamil...
kerana itulah semasa pregnant kita akan disarankan supaya tidak mengambil gula yang berlebihan...





Susu Soya membuat kulit bayi jadi putih

ini memang tiada kaitan langsung...
warna kulit ditentukan melalui pigmen yang membentuk kulit dan ianya berkait rapat dengan faktor genetik si ibu dan bapa...
susu soya tidak menjadikan kulit bayi putih...
namun ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk perkembangan bayi...

yang ni memang saya tak percaya pun...
misal contoh : takkan kalau kahwin dengan negro nak anak anak putih melepak macam mat saleh kan? hehe
seorang kawan ( berbangsa cina) saya pernah cerita pengalaman dia masa pregnant...
semasa mengandungkan anak perempuan, dia banyak minum air soya...
tapi anak perempuan dia yang lahir berkulit gelap...
berbalik pula pada anak lelaki...
hari2 dia memang suka minum kopi, makan nasi lemak, makan mi kari...
tapi anak lelaki dia yang keluar memang putih melepak...
suami dia berkulit gelap dan dia berkulit cerah...
ini membuktikan yang faktor genetik yang memainkan peranan penting...

lagi satu saya pernah dengar yang minum air soya pada awal2 peringkat pregnant boleh menyebabkan keguguran...ini pun tak tahu kesahihannya...

& ada teman bagitau minum minuman yogurt dan makan yogurt akan membuatkan kulit anak jadi putih...
betul ke?

*** tips dari seorang misi : lepas makan nasi jangan ambil sebarang biskut yang mempunyai serat, minum susu atau air soya kerana akan membantutkan penyerapan makanan ke dalam tubuh...
nanti baby tidak akan mendapat nutrien yang cukup...
cara yang terbaik adalah minum atau makan semua benda tu 2 jam selepas makan.



Hubungan intim semasa hamil memudahkan untuk bersalin...

ada benarnya kerana sperma membantu kontraksi semasa bersalin...
tetapi perlu dipastikan kehamilan tidak mempunyai masalah
contohnya jika menghadapi masalah uri dibawah atau penyakit lain...
anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor...
apa yang penting! (bukan kerjasama ya!) untuk mudah bersalin adalah bermaaf-maafan terutama dengan suami dan ibu...
bagi saya la...
(nak hurai yang ni kena masuk bab agama pulak...)

nak share lebih2 pun tuan punye blog masih berdua dengan En.Suami jek.. masih lom ada 'askar'
nanti orang cakap CikPuteh ni temberang jek lebih
Tapi tak salah share kan?? kan??
kalau ada yang silap tolong betulkan lah ek...
'^peace^'

♥CikPuteh@ReenDiane♥

2 comments:

  1. yg pasal minum ais boleh watkan baby besar..mungkin jgk..sbb my aunt dulu time mengandungkan anak bongsu die,die suke mengunyah ais n my aunt xde kencing manis pun..then baby die kuar 4kg..mmg besar..huhu

    ReplyDelete
  2. tulah...anak besar sakit wooo nak kuar..org cakaplah....taoi kalau besar tapi sihat walafiat ok jek..kan..kan...

    ReplyDelete

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..