Friday, March 11, 2011

Dilema Wanita.....Lelaki lebih utamakan KAWAN...hurmmmm


Boleh dikatakan DILEMMA ni menimpa semua wanita.Bukan semua lelaki tak OK & bukan semua OK.he2, Inilah Faktanya... Jom join aku, kite story sikit la pasal "lelaki". Aku bukanlah bias & prejudis dalam menilai, tapi ni berdasarkan pengalaman & pemerhatian (ceh!!), 
** aku membuat rumusan secara general, tak de melibatkan individu2 tertentu samada Lelaki X, Lelaki Z mahupun LELAKI Y.. apatah lagi Encik Suami terChentaku itu.Tidak Sama Sekali. he2(ayat coverline)

Orang Lelaki ni, bila tengah hangat bercinta je akan memberikan masa sepenuhnya kot kat awek sendiri. Bila dah dapat..wwoppss!, jangan fikir bukan-bukan ek. Dah dapat memikat hati seseorang pempuan itu, ‘standard’ la sayang giler punya. Seronok nak dating-dating. Jumpe sini sana. Mane leh dok berenggang sangat. Kalau tak berjumpe pun, gayut sini gayut sana. Mesej-mesej la. Bila dah lama bercinta, keadaan akan berubah. Lelaki akan merasa bosan atau pon mulai terkongkong.. erk...terkongkong ke JEMU ek.. aku pun tak tau the right word.. he3.. yelah, semua dah citer time bcinta, bila dah kashwin apa nakk citer?? takkan nak wat siaran ulangan plak...hishh tu yang carik kawan sebb dengan kawan2 diorang bebas mengarut tanpa perlu pujuk kalau tersalah cakap/ terpaksa cakap lapis2 bagi megelak adengan merajuk2... he3

 Betol!. Kawan-kawan akan menjadi keutamaan pada waktu ini. Tak tipu!. Tak caye?, cube tengok orang yang dah kahwin. Mane ada romantik macam sebelum kahwin. bukanlah tak romantik langsung...cuma sangat tak romantik.. nggeee~~~.Sebelum kahwin, bukan main romantik kan. ‘Candle Light Dinner’ sini sana. Bila dah kahwin, yang tak pernah pegang joran pun tiap2 minggu join kengkawan g memancing sampai hitam legam berjemur tunggu ikan ...2-3 jam pun sanggup asalkan dapat keluar dari rumah...goshhh... yang tak pernah men futsal pun tibe2 je sanggup beli but futsal beratus2 dengan alasan kne bersenam takut perut buncit..alasan semua tuh huh!! hahaha

Sebenarnya aku dh tau apa punca paling utama diorang nak abiskan masa dengan kengkawan..... Sebab musabab ni "MEMANG" sangat boleh masuk akal sebenarnya. Sebab itu adalah tak lain tak bukan R.O.K.O.K. Kenapa? Rokok?. Yaa, rokok!.

 Biasanya lelaki ni dh start merokok dari umur belas tahun lagi.. masa tu curi2 isap rokok.. musuh utama diorang ialah CIKGU DISPLIN. so mengelakkan kantoi diorang isap dalam bas skolah, kat bus stop atau tandas awam.. bila kat umah plak diorang terpaksa sorok rokok takut MAK ABAH tau.. mati kalau kantoi ngan diorang plak.. bila dh kerja, dh dok sendiri diorang mendapat LESEN AGONG merokok tanpa ada orang marah, kat umah sewa, celah mana pun dia leh buat upacara seru JIN (dah kalau berasap2 tu tak ke sama cam puja JIN nheee~~),kat opis je kene kontrol sikit sbb tempat2 tertentu je leh isap rokok. paling pames tangga lah..kat situ line clear sikit.. heh...tu yang diorang rasa DUNIA ANA YANG PUNYA, nak isap 3 kotak sehari pun boley..biar tak de duit nak makan jangan tak de stok rokok nak hisap...choiii..Bila tiba2 ada Awek/Bini yang alergic dengan asap rokok, x ske bau rokok mestilah trauma zaman Dolu-Dolu kembali!. Cuba bayang yang perokok tegar dok lepak ngan awek dia 3 hingga 4 jam, langsung tak sentuh rokok. Tak ke mamat tu jadi bengong plak nanti. Haha. Perkara paling sukar bagi lelaki yang merokok ketika bersama teman wanita yang tidak suka rokok, adalah lepas makan. Huiii, makan pulak kat Pizza Hut kot, makan plak macam dah sebulan tak makan kan. Lepas kenyang mula la, dok pikir-pikir rokok plak. Nak merokok tak boleh, awek marah kang. Merajuk ke. Susah pulak. Menderita la mamat tu kat situ. Mula lah terbayangkan awek dia cam CIKGU DISPLIN atau ABAH dia(misai lebat sambil pegang rotan). That’s why lelaki lebih utamakan kawan-kawan. Sebab apa, kawan-kawan mane la nak kisah kan, ko nak merokok? Silakan lah. Ko yang mati bukan aku. Ada orang lain nak kisah pulak. Haha. Dengan kawan-kawan bila-bila masa boleh merokok. Senang bagi diorang. Kebebasan lebih berbanding dengan awek sendiri.

Selain tuh bagi aku la kan, diorang ni kalau bermasalah, jenis yang malas nak bercerita atau berkongsi masalah dengan awek/bini sendiri. Sebab apa?. diorang tak nak diangggap lemah@ nampak lemah. Lelaki kan EGO tinggi. Haha. lagipun pada diorag org pompuan ni kuat emosi, dia taknak masalah yang sediakala sakitkan kepala dia bertambah berat bila dimasukkan dengan emosi org pompuan nih, so diorang ambik keputusan mengadu masalah kat kaum sejenis dia, nak bercerita pon senang. Tak de la nak segan silu mane kan...hehe

Lagi satu sbb maybe berpunca dari awek/bini itu sendiri. Kenapa?. Sebabnya rasa terkongkong. Orang pompuan kan mmg dikurniakan dengan sifat JELES yang agak sukar dikawal (part ni aku tak nafikan..he3).Lelaki ni kan jenis yang rimas di kongkong2 (kononnyeee), kalau dapat plak awek/Bini yang kuat berleter atau jadi PI, semua nak siasat, lagilah diorang lemas..hehe tapi dah sah2 awek/bini tulah yang dia macam nak mati ngorat dulu takkan diorang nak lepaskan semata2 sbb yang kecik tu, maka dia tetap berusaha untuk jga hubungan tapi dia luangkan banyak masa dengan kawan-kawan supaya kurang sikit rasa lemas tu. lepas jumpa kawan , nanti dia jumpa awek/bini dia , taklah dia buat muka tempe.. hehe
Tapi x semua apa yang aku ngomelkan ni 100% tepat.. bergantung, lain orang lainlah ragamnye kan..kan....kalau aku salah sila lah betulkan.. he3
Sharing is Caring... '^peace^'

♥CikPuteh@ReenDiane♥

2 comments:

  1. betol..betol..betol..sume di atas tu betol..xde yg salah..(sebab dh rase..hehe)

    ReplyDelete
  2. hehehe...hanya 'johari' mengenal 'maniam'..ngeee~~~

    ReplyDelete

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..