Tuesday, March 22, 2011

Lelaki Boroi selepas kahwin? Apakah??


he2.. Tajuk macam best je kan.. asik-asik Isteri gemuk jek diperkatakan.sesekali kita bincang pasal hal encik-encik suami yang semakin 'membesar bagai johan' pulak.. he3
Minggu lepas aku pergi ke majlis kahwin seorang kenalan suami & beberapa teman rapat suami mula menegur.."aik, cam dah naik jek, ni siapa yang preggy ni".. & suami hanya tersenyum sambil memandang Puan isteri disebelah..
Betul!!! bukan sahaja suami ku tapi ramai teman-teman yang dulunya pinggang 27 dah naik jadi 33 seletah 2 bulan berumah tangga. kadang-kadang lucu melihat. he3
apa puncanya agaknya... antara penyumbang keboroian diorang adalah:- 

♥ lelaki bujang tidak peduli soal pemakanan tetap, sedangkan apabila sudah berkahwin makan tersedia untuk sarapan pagi, tengah hari hinggalah ke malam. 
♥ Banyak masa dihabiskan di rumah. Lantas, secara tidak langsung tabiat makan membuak-buak kerana asyik makan. 
♥ Kurang senaman atau menyertai aktiviti bersukan dengan rakan-rakan. 
♥ Kehidupan harian lelaki lebih terurus kerana semuanya dikendalikan isteri berbanding diri sendiri ketika zaman bujang. 
♥ Tanggungjawab makin besar dan bebanan kerja semakin bertambah.
 
•Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.
•Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang ‘slim? dan masih tampan.
•Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang…namun itulah hakikatnya.

Macamanapun encik-encik suami kat luar, walau berapa pun ukuran pinggang anda & walau macamana pun bentuk anda, Kami tak pernah kurang sayangkan anda. tapi kene lah jaga juga, nanti kalau dah sampai tahap obesiti sapa yang susah? masa tu mula lah bersarang penyakit. jangan pula asyik komplen bini dah tak seslim dulu, secun dulu segebu dulu.. kena lah sama-sama maintain...Besar ke ,kurus ke, tebal ke nipis ke yang penting sihat.. boroi pun comel apa.. he3
♥CikPuteh@ReenDiane♥

2 comments:

  1. alamak aku dah obess....mcm ne nieh...help...help....

    ReplyDelete
  2. he3 x pe janji mak Eton sayangggg.. hehe

    ReplyDelete

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..