Friday, March 11, 2011

Syukran Jazilan...amin..

Syurkan Ya Rabbul Jalil
Aku masih mampu bangun hari ini 
Masih ada nikmat NYAWA yang ALLAHswt pinjamkan.
Masih ada nikmat OKSIGEN untuk aku terus bernafas
Masih mampu menulis dalam BLOG
Masih mempunyai nikmat PENGIHATAN
Masih mempunyai nikmat untuk terus jalani kehidupan
Masih punya masa dan ruang untuk BERTAUBAT dan MENJADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM
& apa yang aku amat bersyukur masih dilimpahi dengan kasih SUAMI yang masih ada diSISI saat aku bangkit dari tidur..SYUKUR dia masih ada untuk aku...
ALHAMDULILLAH......


tiba-tiba teringat satu petikan nasihat dari seorang teman:-


Jangan mencebik pada makanan yang tidak enak, BERSYUKURLAH...sekurang-kurangnya anda ada makanan untuk dimakan...
Jangan mencemuh pada pakaian yang tidak cantik & lusuh, BERSYUKURLAH...sekurang-kurangnya anda ada pakaian untuk dipakai...

Jangan mengeluh kerana tinggal di rumah yang kecil & sempit, BERSYUKURLAH...sekurang-kurangnya anda ada tempat untuk berteduh... Jangan merungut kerana tugasan/kerja yang banyak, BERSYUKURLAH...kerana anda ada pekerjaan yang halal untuk kehidupan seharian...
Jangan marah bila si suami berdengkur di waktu malam, BERSYUKURLAH...kerana anda ada tempat untuk bergantung...

Jangan menengking kepada si isteri yang kuat berleter, BERSYUKURLAH...kerana anda ada teman untuk menguruskan diri serta keluarga..

Jangan membentak kepada si anak yang kuat merengek, BERSYUKURLAH...kerana anda dikurniakan anugerah yang tidak ternilai...

Jangan mengeluh bila terpaksa menjaga ibubapa yang sudah uzur, BERSYUKURLAH...kerana anda diberi peluang untuk bersama mereka...

Jangan...jangan tak baca artikel ni, BERSYUKURLAH...kerana anda dikurniakan mata utk menatap, akal utk berfikir & hati utk menilai.... 
***renung-renungkan & slmt beramal!***

♥CikPuteh@ReenDiane♥

2 comments:

conteng lah sket.... *wink* jangan lupa tinggalkan nama ek..